Sunday, October 25, 2015

AZMIN BILA NAK SAMAN ?

Samanlah kalau Azmin berani... !!! Kalau Azmin tak belit sana-sini kenapa nak takut? Datuk Seri Noh Omar pun sudah mencabar, Azmin kalau berani samanlah pihak yang menuduhnya, jangan dok buat opera cina nak menutup skandal DEIG. Kalau benarlah ada blog atau individu menfitnah beliau berkenaan isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DIEG) maka segerakan saman. Apakah Azmin Ali takut skandal DEIG akan terbongkar jika dia menyaman Setiausaha ADUN BN Selangor, YB Budiman Zohdi yang mendakwa DEIG memohon pinjaman dari tiga bank yang berjumlah RM500 juta ...??? Sudah-sudahlah membelit Azmin. Apakah kerajaan Selangor ini tak ada kerja lain selain dari bermain politik ? Saman sajalah, takkan dengan YB Budiman tu pun takut. Inilah Menteri Besar Selangor paling lembik dalam sejarah Selangor. Saya mendapat tahu bahawa YB, Budiman Mohd Zohdi telah mendesak Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) Selangor agar memanggil Menteri Besar, Mohamed Azmin Mohd Ali untuk mendedahkan pekara sebenar mengenai dakwaan kononnya DIEG telah memohon cadangan cadangan pinjaman dari tiga buah bank berjumlah RM 500 juta. Menurut Budiman perkara ini (DIEG) telah dilaporkan dalam sebuah portal pada 8 September lalu yang mana difahamkan sebuah bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman kepada DEIG dan jika benar, berkemungkinan digunakan oleh syarikat itu untuk menampung operasinya. Bahkan Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh menyifatkan Mohamed Azmin tidak amanah sekiranya dakwaan DEIG memohon cadangan pinjaman daripada tiga buah bank berjumlah RM500 juta untuk dijadikan modal kerja adalah benar. Oleh itu saya berpendapat Menteri Besar, Azmin Ali perlu menjelaskan pekara ini dengan segera dan jika kenyataan yang dibuat oleh YB Budiman tidak benar atau fitnah silalah saman untuk membersihkan imej beliau sebagai Menteri Besar Selangor.