Thursday, October 22, 2015

FITNAH : AHLI PARLIMEN KOTA TINGGI NAFI DI TAHAN SPRM


Saya sebenarnya sudah bosan apabila membicarakan tentang pembangkang. Bila baca portal pembangkang, tak lain tak bukan fitnah juga yang menjadi hidangan mereka hari-hari. Selama ini pun kita tahu, portal pembangkang tak akan boleh hidup tanpa menjaja fitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan. 


Kali ini, ahli parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin menjadi sasaran anak panah fitnah pembangkang. Kononnya beliau disiasat oleh SPRM berkenaan dengan satu kes penyalahgunaan kuasa dalam sebuah syariat yang berkaitan kerajaan. 


Semua orang tahu, Datuk Ehsan  adalah salah seorang ahli lembaga pengarah FELDA yang berintegriti tinggi. Saya yakin fitnah ini dibuat untuk menghilangkan keyakinan pelabur terhadap FELDA. Bukan sekali dua serangan seperti ini berlaku kepada FELDA dan mereka yang berkaitan dengan GLC ini.  Sebelum ini pun Pengerusi FELDA pun pernah di tuduh dan difitnah dengan bermacam-macam perkara yang tidak masuk dek akal. 

Datuk Ehsan sendiri menafikan dia dipanggil oleh SPRM. "Saya tidak ada buat apa-apa salah, jadi apa yang nak dibimbangkan, Malah saya sedia berikan kerjasama jika diminta" tegasnya lagi. Dari sumber SPRM sendiri menafikan yang ada memanggil mana-mana ahli parlimen untuk memberi apa-apa keterangan. 


Bagi saya ini satu serangan untuk mencalarkan imej dan peribadi Datuk Ehsan. Saya yakin mereka tidak akan pernah berhenti dari mencalar dan merosakan imej dan peribadi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.  

Kita tidak lagi boleh bersikap defensive, perbuatan mereka makin hari makin menjadi-jadi. Pemimpin UMNO dan kerajaan perlu bertindak. Jangan sekali-kali membenarkan pemimpin kita dipermain-mainkan oleh puak biadap ini. Perlu ada tindakan yang tegas dan keras untuk memberi pengajaran kepada mereka.