Sunday, February 8, 2015

BOIKOT PENIAGA - IA BUKAN ISU PERKAUMAN - Liow Tiong Lai



Kehangatan isu boikot peniaga-peniaga cina yang "culas" untuk  menurunkan harga barang seperti yang disarankan oleh Menteri Pertanian dan Industri, YB Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakob telah mendapat reaksi pantas dari Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang bertindak membidas kenyataan yang dianggap Rasis.



Walaupun pada dasarnya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri tersebut yang mengiatkan kaum cina sebagai punca harga barang tidak turun ekoran dari penurunan harga petrol dan diesel. Namun beliau bertindak lebih tenang, cermat dan berhati-hati dalam menyusun kata-kata.



Pada pandapatnya, tidak seharusnya wujud isu perkauman dalam sebarang kempen, "kita perlu lihat isu ini dengan lebih jelas, tepat dan fokus serta tidak menjadikannya  satu isu perkauman, polarisasi kaum akan berlaku dan ini akan mengakibatkan satu kemudaratan kepada negara kita," katanya ketika dijemput merasmikan PASARNITA anjuran Pembangunan Keusahawanan Dan Ikhtisas Wanita jumaat lepas.




Dalam menangani masalah harga barang, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, "Kita tidak boleh membiarkan pemborong dan pembekal menaikkan harga sesuka hati, pengguna seharusnya mengunakan kuasa mereka untuk melapor segera kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika mendapati harga yang dipasarkan tidak munasabah.  KPDNKK ada jawatankuasa pemantau, mana-mana pihak yang tidak berpuashati boleh mengadu kepada mereka.



Menurutnya lagi, MCA sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk memastikan inflasi dalam negara terkawal dan beliau yakin  bahawa kerjasama dalam BN adalah untuk menjaga kepentingan semua kaum. Sebab itu  dalam isu kenaikan harga barang, kita menentang kenaikan harga sewenang-wenangnya namun pada masa yang sama kita tidak mahu isu ini dijadikan isu perkauman. -  PSM









No comments:

Post a Comment