Monday, February 9, 2015

LUPAKAN SEJARAH., OHHH TIDAK MUNGKIN !



Salah seorang dari kawan facebook saya (non bumiputra) mengesyorkan kepada saya agar melupakan sejarah dan kisah lama dan pandang ke hadapan dalam menyatupadukan masyarakat serta menghayati semangat 1 Malaysia.

Saya bersetuju dengan pendapatnya tentang pandang ke hadapan dalam memyatupadukan masyarakat, tetapi melupakan sejarah lama....minta maaflah, tidak mungkin sekali-kali.

Sejarah adalah nilai sesuatu bangsa yang lebih berharga dari emas dan permata. Kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika, "Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali".

Kita semua belajar dari pengalaman. Jika di zaman ini kehidupan lebih baik dari dahulu, sebabnya ialah kerana kita tidak amalkan kesilapan-kesilapan terdahulu. Kita telah belajar dari pengalaman dan pengalaman itu adalah sebahgian dari sejarah.

Mohammad Firdaus Hasnel
Tukang kasut, Chow Kit Road.