Dalam artikel kali ini,kita akan membicarakan satu lagi senjata paling ampuh The Hidden Hand.Di sini juga kita akan menyiasat,siapakah yang sebenarnya menaburkan fitnah dan membunuh cucu nabi yang amat-amat nabi cintai.Kita juga akan mengetahui siapakah juga yang menghina isteri-isteri nabi terutamanya Siti Aisyah r.a dan Sahabatnya yang dikasihi.
Baca dengan teliti,ayat demi ayat sehingga sampai kepada noktah terakhir.Fahami betul-betul maksudnya.Terdapat rahsia di sana-sini.Anda akan dapat menghidu 'sesuatu' jika benar-benar faham.Dan anda paling faham jika dapat menukarkan racun yang disuap Yahudi dan Nasrani (baca:The Hidden Hand),menjadi madu yang manis,segar lagi menyihatkan.
Ini adalah artikel di bawah siri Mason-Mason Melayu (Bahagian V)
Selamat membaca.
Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w,keadaan umat Islam begitu membimbangkan.Berita kewafatan baginda benar-benar membuatkan mereka terpukul.Umar Al-Khattab r.a mengancam untuk memenggal tangan dan kaki siapa yang mengatakan nabi sudah tiada.Jika tidak ditenangkan oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a,sudah tentu keadaan bertambah berserabut.Keadaan umat Islam perlu ditenangkan terlebih dahulu.Maka para Sahabat pun bermenyuarat untuk menentukan siapakah yang bakal menguruskan keperluan umat Islam;mengambil alih peranan Rasulullah s.a.w,berkhidmat kepada kaum Muslimin.
Akhirnya sebulat suara,para Sahabat memilih Abu Bakar As-Siddiq mengenangkan arahan nabi menyuruh beliau menjadi imam menggantikan Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit tenat,dan diteguhkan dengan sikap nabi yang seperti tidak menyenangi Umar Al-Khattab menggantikan Abu Bakar As-Siddiq sebagai imam pada suatu ketika,juga berdasarkan usia dan kredit beliau sebagai Sahabat nabi yang paling rapat susah dan senang dan beberapa kriteria lain.
Namun ketika berita kewafatan baginda tersebar,ada satu kelompok manusia yang mula tersenyum lebar.Dendam mereka kepada Rasulullah s.a.w tidak pernah padam sejak baginda membuka kota Mekah lagi.Mereka mula merancang sesuatu,malahan sejak nabi menghadapi sakit tenat,kelompok ini sudah mengangan-angankan impian mereka dan dendam yang terbalas.Mereka memerhatikan setiap perjalanan politik umat Islam,apabila terjadi perpecahan walau sedikit pun,mereka akan bertindak!
Pada hari-hari yang indah itu,ketika Rasulullah s.a.w masih hidup,kelihatan dua cucu baginda yang masih kecil bermain-main di sekeliling Kekasih Allah itu.Adakalanya mereka bermain-main dengan janggut nabi,ada yang cuba memanjat tubuh nabi.Nabi hanya tersenyum melihat gelagat cucu-cucu baginda yang amat dicintainya.
No comments:
Post a Comment