Wednesday, June 19, 2013

Para Pembunuh Cucu Nabi



"Saudara-saudara, api (neraka) sudah bertiup. Fitnah pun datang seperti malam gelap gulita. Demi Allah,jangan sekiranya kamu berlindung kepadaku tentang apapun. Demi Allah aku tidak menghalalkan sesuatu kecuali yang dihalalkan oleh Al Quran. Juga aku tidak mengharamkan sesuatu, kecuali yang diharamkan oleh Al Quran. Laknat Allah kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan perkuburan nabi-nabi mereka sebagai tempat peribadatan !"

(antara kata-kata terakhir Rasulullah s.a.w sebelum kewafatannya)

Apakah yang dimaksudkan dengan Syiah?Siapakah Syiah?Apa masalahnya dengan mereka?Untuk mengkaji siapakah mereka,kita perlu mengkaji perjalanan sejarah dengan hati yang jujur.Kita perlu mengkaji asal-usul segala label-label yang ada.Dan kita perlu meneliti apakah ajaran Rasulullah s.a.w,pandangan baginda terhadap para Sahabatnya dan ramalan baginda tentang fitnah yang akan terjadi.Kita perlu menyiasat sejujurnya,kita perlu ambil pandangan kedua-dua pihak untuk mengetahui siapakah yang digelar Syiah ini,kerana di akhir cerita,kita akan tahu siapakah yangSEBENARNYA menumpahkan darah cucu-cucu Rasulullah s.a.w,memaki hamun para Sahabat dan memfitnah isteri Nabi sebagai pelacur kerana kelak jika kita terkeliru berada di barisan yang salah,kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,di hadapan nabi yang kita harapkan syafaatnya....rupa-rupanya kita termasuk dalam golongan yang sesat,yang berasal dari moyang-moyang konspirator penumpah darah Hassan dan Hussein,pemuda-pemuda syurga yang dicintai Allah dan Rasul.

Pertama sekali,kita perlu tahu apakah yang dinamakan Syiah itu.Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara (Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405,karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu'ashirah, 1/31, karya Dr. Ghalib
bin 'Ali Al-Awaji).

Adapun menurut terminologi syariat bermakna: Mereka yang menyatakan bahwa Ali bin Abu Thalib lebih utama dari seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin, demikian pula anak cucu
sepeninggal beliau. (Al-Fishal Fil Milali Wal Ahwa Wan Nihal, 2/113, karya Ibnu Hazm).Syiah adalah satu kelompok berasaskan politik pada mulanya terutama selepas peristiwa majlis Tahkim namun telah meleret-leret kepada masalah akidah dan hukum Islam termasuk ibadah.Syiah telah terbahagi kepada banyak cabang seperti Imamiah atau Itsna 'Asyariah (Dua Belas Imam atau juga dikenali sebagai Ja'fariyah),Ismailiyah dan Zaidiyah.Kebanyakan perbezaan di antara mereka adalah perbalahan tentang jumlah Imam;iaitu perkara terpenting dalam akidah Syiah.Dalam konteks ini,kita akan fokus kepada Syiah Imamiyah atau Syiah Imam 12 kerana Syiah inilah yang menjadi pilihan kebanyakan pengikutnya di Malaysia juga di dunia;sejak Iran diketahui umum adalah negara yang menganut fahaman Syiah ini.

Artikel ini lebih fokus kepada kelompok Syiah yang melampau (Syiah sendiri memanggil mereka dengan panggilan 'Ghulat') terutama dari cabang Imamiyyah,kerana perbuatan Ghulat ini banyak dikesan dari cabang ini manakala cabang lain seperti Zaidiah pula amat dekat dengan realiti sejarah dan menghormati Sahabat juga mengakui Khalifah AlRasyidin (Abu Bakar,Umar,Usman termasuk Ali).

No comments:

Post a Comment