Wednesday, June 19, 2013

JIHAD KAH PERHIMPUNAN HITAM BLACKOUT 505 ? ? ?

Saya tengah mengkaji dan meneliti apa itu Jihad dan apakah yang boleh dikaitkan dengan perbuatan Jihad. Teringat sebuah kisah seorang sahabat bertanya Nabi SAW tentang jihad.
“Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”

“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.

“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”

“Bukan.”

“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Apakah mati berhimpun ramai-ramai kerana marahkan kerajaan yang kononnya ada penipuan dalam PRU13 boleh ditakrifkan mati syahid... ? ? ?
mungkin anda ada pemehaman sendiri.

No comments:

Post a Comment