Sunday, May 12, 2013

WAN AZIZAH MEMANDAI HANTAR SURAT

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah menerima surat yang dihantar Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berhubung calon Menteri Besar Selangor.


Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani.

“Ya, sudah,” jawabnya ringkas melalui SMS kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, beliau  tidak mengulas lanjut mengenai isi surat berkenaan.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempersoal surat yang dihantar Wan Azizah  kepada Sultan Selangor berhubung calon Menteri Besar itu.

Azmin, yang juga Adun  Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah  berkenaan calon Menteri Besar Selangor kelmarin didakwa dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua Adun parti itu.