Sunday, May 12, 2013

DR. MAHATHIR LAWAT USTAZ AZIZAN

 AKHLAK SEORANG PEMIMPIN 


 Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya kelmarin.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menziarahinya pagi tadi berkata, Azizan berada dalam keadaan stabil, namun belum sedarkan diri akibat kesan ubat yang diberikan.

Dr Mahathir yang hadir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz meluangkan kira-kira 25 minit melawat Azizan.

"Marilah bersama-sama kita doakan agar Azizan kembali pulih dan sihat," katanya kepada media.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menziarah Azizan petang ini.

No comments:

Post a Comment