Wednesday, February 6, 2013

DEMOKRASI TERPIMPIN

     Barat percaya sistem ekonomi pasaran bebas tidak akan dapat berjalan tanpa demokrasi mutlak dan kebebasan individu tetapi Korea Selatan,Taiwan dan Singapura telah mencapai taraf kemajuan hidup Barat yang mengangumkan Barat sendiri menerusi tafsiran dan pengubahsuaian demokrasi Barat dengan suasana tempatan.
     China dan Indonesia juga sedang berada di jalan yang sama.China secara terus-terang mahu menjadikan Singapura sebagai model pembangunan eknominya.
     Barat melihat ini sebagai tradisi autoritarianisme pasaran bebas Asia Timur (East Asian tradition of free market authoritarianism).
     Tetapi kegagalan Russia mencuba demokrasi Barat,mendahulukan remormasi politik daripada reformasi ekonomi sehingga mencetuskan keadaan di luar kawalan yang menyebabkan Presiden Yeltsit terpaksa menggantung Parlimen dan demokrasi pada akhir 1993, dengan sendirinya menegakkan kebenaran China yang menyekat penerapan nilai demokrasi Barat dan semakin meyakinkan negara-negara Asia Timur untuk meneruskan demokrasi terpimpin yang telah terbukti membawa kepada kepesatan ekonomi, kestabilan dan kemakmuran.
      Kegagalan Russia itu telah menelanjangi sikap talam dua muka Barat yang terus-menerus mengutuk tindakan China Komunis terhadap penunjuk-penunjuk perasaan prodemokrasi di Tiananmen tetapi menyokong tindakan Yeltsit membunuh beratus penyokong demokrasi dan menangkap pemimpin utama mereka, Alexander Rutskoy dan Speaker Parlimen, Ruslam Khasbulatov, mengharamkan beberapa buah akhbar dan menggantung demokrasi.
      Dunia juga semakin sinis dengan obsesi Barat tentang peristiwa Tiananmen atas nama hak kemanusiaan sedangkan barat membiarkan ethnic cleansing yang paling kejam, zalim dan paling tidak berperikemanusiaan dalam zaman tamadun ini berlaku di hadapan mata mereka di Bosnia.
      Walaupun telah dikecam dan dikutuk oleh Barat tetapi Malaysia telah menyimpang daripada konsep Wesminister Demokrasi dan nilai-nilai Victoria kira-kira 12 tahun selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum di ibu negara pada 13 Mei 1969.
      Apabila negara diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara (Mageran) atau National Operation Council (NOC), Barat menganggap demokrasi telah mati di Malaysia tetapi tidak lama kemudian, setelah negara aman kembali, Pengerusi Mageran ,Tun Abdul Razak mengisytiharkan Malaysia kembali kepada demokrasi dan sistem kerajaan menerusi pilihan rakyat akan terus berjalan.
      Bagaimanapun keadaan sudah tidak sama lagi, Malaysia kembali kepada demokrasi bagi masyarakat majmuk demi  untuk kestabilan negara yang diperlukan bagi pertimbuhan ekonomi.

No comments:

Post a Comment