Wednesday, February 6, 2013

KENAPA BN TUTUP FAKTA LEMBU NFC INI ???

1. Kenapa projek ini penting kepada
negara?


• Meningkatkan pengeluaran daging negara,
sejajar dengan Dasar Pengeluaran Daging
Lembu Negara.

• Meningkatkan populasi ternakan lembu daging
sebanyak 60,000 ekor menjelang akhir 2015.

• Menampung 40% keperluan daging lembu
negara pada 2015.

• Selaras dengan matlamat Bidang Ekonomi
Utama Negara (NKEA) iaitu mewujud dan
mengukuh syarikat penaung dalam ternakan
lembu fidlot dan pelaburan luar negara
dalam industri ternakan.

2. Apakah pendirian kerajaan berkaitan
industri daging?


• Kerajaan bersetuju membangunkan
sebuah kawasan di Gemas, Negeri
Sembilan bagi mengusahakan projek yang
dikenali sebagai Ladang Beef Valley untuk
dijadikan kawasan penternakan lembu fidlot
komersial dan bersepadu.

3. Apakah badan yang terlibat untuk
menjayakan projek ini?


• National Feedlot Center (Pusat Fidlot
Nasional)/(PFN), adalah program di bawah
kawal selia Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani sebagai pelaksana.

• Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporated
(MBNSI) sebagai pihak yang menyediakan
kawasan projek seluas 1,500 ekar atau
607 hektar secara pajakan 30 tahun.

4. Syarikat manakah yang dilantik menjadi
syarikat peneraju dan apakah peranannya
dalam menjayakan projek ini?


• National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.
(NFCorp).

• Ia bertanggungjawab sebagai integrator
(penyelaras) Pusat Fidlot Nasional.

• Bertanggungjawab menaungi usahawan
fidlot secara ladang kontrak di kawasan
ladang yang sama atau sekitarnya dengan
membekalkan input utama seperti makanan
ternakan dan anak lembu (feeder).

5. Kenapa PFN menjadi isu perbincangan
rakyat?


• Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
2010 yang menyentuh Perbadanan Fidlot
Nasional (PFN) telah disalah tafsir oleh
pihak tertentu.

• Sebenarnya Ketua Audit Negara membuat
audit dan laporan bukan terhadap NFCorp,
syarikat yang didaftarkan di bawah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

6. Bagaimanakah pemilihan syarikat bagi
menjalankan program ini dilakukan?


• Kerajaan telah menjemput syarikat yang
mempunyai kelayakan dan minat untuk
menjayakan program ini.

• Enam (6) syarikat telah membentangkan
kertas cadangan projek kepada
Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju
Bagi Projek PFN.

• Dua (2) syarikat telah dipilih iaitu Agro
Science Industries dan Lamberts namun
Lamberts telah menarik diri kerana masalah
mendapatkan dana.

7. Kenapakah NFCorp dipilih?

• NFCorp Sdn.Bhd. dipilih berdasarkan
cadangan yang dikemukakannya mampu
memenuhi kehendak dan matlamat Pusat
Fidlot Nasional.

8. Adakah Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil
terlibat dalam projek ini?


• Beliau tidak terlibat dalam membuat keputusan
atau sebarang perkara berhubung projek ini.

• Beliau dikaitkan hanya kerana suami beliau
Dato’ Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail adalah
Pengerusi Eksekutif NFCorp Sdn. Bhd. dan
anak-anak beliau bekerja dalam NFCorp
Sdn. Bhd.

9. Adakah NFCorp diberi geran atau pinjaman
oleh Kerajaan?


• Kementerian Kewangan telah meluluskan
pinjaman mudah (soft loan) sebanyak
RM250 juta bagi tujuan membiayai kos
pembangunan dan operasi Pusat Fidlot
Nasional (PFN).

• Pinjaman ini perlu dibayar balik seperti
ditetapkan dalam Perjanjian Pinjaman dalam
tempoh 30 tahun.

• Perjanjian ditandatangani pada 2007
dan pinjaman mula dibayar pada 2008.
Sehingga 31 Julai 2011 sebanyak
RM181.9 juta pinjaman telah dikeluarkan.

10. Benarkah projek ini gagal dilaksanakan
oleh NFCorp?


• Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak
menyatakan projek ini gagal.

• Jumlah lembu yang dibawa ke ladang Pusat
Fidlot Nasional (PFN) ialah 8,897 ekor bagi
tempoh 2008 – 2010 melepasi sasaran
8,000 ekor.

• Daripada jumlah tersebut, 5,742 telah
disembelih sehingga November 2010.

11. Benarkah Kerajaan tidak memantau
kemajuan projek tersebut?


• Tidak benar. Kerajaan mempunyai
mekanisme yang ketat bagi memantau
pelaksanaan projek iaitu melalui
Kementerian Kewangan, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani dan
Pusat Fidlot Nasional (PFN).

12. Apakah kejayaan NFCorp setakat ini?

• Dalam tempoh tiga tahun, merintis jalan
dan membina infrastuktur operasi untuk
Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan miniabattoir
(rumah penyembelihan) bertaraf
antarabangsa

• Membina rantaian bekalan dari ladang
ke meja makan (From farm to fork) iaitu
membina operasi fidlot, rumah sembelih,
sistem logistik dan penghantaran serta
membina pasaran produk PFN.

• Persediaan membantu pengusaha
luar bandar yang menyertai Program
Pembangunan Usahawan.

• Membina francais restoran ‘Meatworks’
bagi strategi memasuki pasaran dalam
dan luar negara.

13. Apakah tindakan kerajaan berhubung
dakwaan berlakunya penyelewengan?


• Siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

• Siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).

• Aset NFCorp dibekukan sementara siasatan
dijalankan.

• Perlantikan firma perunding perakaunan
bagi mengaudit akaun syarikat.

• Pendakwaan di mahkamah terhadap
Pengerusi Ekskutif NFCorp

No comments:

Post a Comment