Monday, January 21, 2013

NIZAR NAK KENA PENAMPAQ JEPUN...


Ehem-ehem... Pemimpin PAS Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mungkin boleh jawab soalan ini, dari mana beliau dapat surat palsu kononnya kerajaan Jepun buat pembayaran kepada Malaysia berhubung pampasan perang dunia kedua.

Ini kerana beliau orang yang mula-mula bangkitkan perkara tersebut, ke hulu ke hilir jaja cerita bersumber dari surat palsu itu.

Tuduhannya serius kononnya kerajaan menerima RM207 bilion daripada kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang dijadikan buruh paksa dalam pembinaan kereta api Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua boleh menjejaskan imej negara.

Bahkan perbincangan mengenai surat tersebut dibawa sehingga ke peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi pakatan pembangkang.

Pembohongan dan fitnah kepada kerajaan kemudian dipanjangkan oleh lidah rasmi pembangkang tanpa ada rasa bersalah atau hendak siasat dulu.

Sebab itu, pada Sabtu Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ahli politik perlu mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau tuduhan palsu terhadap kerajaan sehingga memberi kesan negatif kepada negara.

"Kenyataan itu telah menarik perhatian kerajaan Jepun kerana dalam dunia ini, kita beroperasi atau mempunyai hubungan bilateral. Kita ada asas yang tegas, kita ada peraturan dan undang-undang.

"Dalam konteks ini kerajaan Jepun menerusi kedutaannya menulis surat kepada kita supaya Malaysia mengambil tindakan kerana ini merupakan sesuatu yang palsu," katanya.

Beliau berkata tindakan pembangkang itu juga telah memberi harapan palsu kepada mereka yang terlibat dalam pembinaan jalan keretapi itu.

Selasa lepas, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata dakwaan pembangkang berhubung penerimaan pampasan berkenaan adalah palsu.

Kementerian itu menjelaskan dakwaan itu yang dikatakan berpunca daripada memo yang dikeluarkan kementerian bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu.

"Memo tersebut telah dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 Sept tahun lepas. Kes ini sedang disiasat polis," menurut kenyataan itu.

Penjelasan Kementerian Kewangan terpaksa dibuat selepas laman-laman blog pembangkang mendakwa wujudnya pembayaran RM207 bilion dari Jepun tetapi wang tersebut kononnya telah dilesapkan.

Sehubungan itu, Ahmad Husni meminta polis segera menyiasat perkara tersebut.

"Memo ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang sudah pencen, atas nama dia, jadi beliau sendiri yang membuat laporan polis bahawa memo itu dipalsukan," katanya.

No comments:

Post a Comment