Monday, December 31, 2012

HAJI HADI DI BELASAH...!!!???


PENULIS langsung tidak terkejut dengan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan 31 tahun lalu.
Ia kerana sebutlah apa pun yang ada kaitan dengan politik Pas, Mursyidul Am itu akan muncul dengan hujah yang meletakkan kepentingan politik Pas mengatasi segala-galanya. Biarlah apa pun ulama kata, biarlah apa juga pandangan mufti dan tidak kisahlah apa pun kesan ke atas umat Islam kerana amanat itu, bagi Nik Abdul Nik Aziz semua itu tidak penting.
Apa yang lebih penting ialah Pas tidak boleh membuka sebarang haluan yang menampakkan parti itu ada masalah. Bagi Nik Abdul Aziz soal apa yang berlaku akibat amanat Hadi adalah isu lapuk dan beliau melihat tidak ada apa salahnya sebuah amanat yang hakikatnya telah memecah belah umat Islam selama 31 tahun itu.
Oleh kerana amanat itu lebih banyak memberi kesan kepada mereka yang sudah meninggalkan perjuangan Pas, Nik Abdul Aziz peduli apa. Sebab itulah beliau mahu Hadi mempertahankan amanat tersebut kerana menganggap Hadi perlu berhadapan dengan puak penakut?
Persoalannya siapakah yang lebih penakut Hadi atau bekas pengikut Pas. Sekurang- kurangnya pengikut Pas berani tampil mendedahkan kisah mereka yang taksub dengan Amanat Haji Hadi.
Tetapi di mana keberanian Hadi yang terus berdiam diri dan tiba-tiba Nik Abdul Aziz muncul dengan hujah politik dangkalnya untuk mempertahankan Hadi.
Siapa sebenarnya penakut, mereka yang muncul mendedahkan penderitaan mereka atau seorang pemimpin yang tidak berani tampil untuk bertanggungjawab terhadap perbuatannya?
Kalau Hadi yakin beliau berada di pihak yang benar dan menganggap amanatnya itu tidak ada apa-apa salahnya, kenapa Hadi tidak bangkit mempertahankannya?
Kenapakah membiarkan isu itu terus menjadi tumpuan? Sepatutnya Hadi mempunyai keberanian untuk berdepan dengan isu tersebut dan bukannya membiarkan pemimpin-pemimpin Pas lain termasuk Nik Abdul Aziz bercakap bagi pihak beliau?
Oleh itu biarpun kita mengetahui betapa hebatnya pengaruhnya Nik Abdul Aziz dalam Pas namun ia bukanlah alasan untuk beliau muncul mempertahankan Hadi.
Beliau berhak berbuat demikian selepas Hadi bercakap tetapi masalahnya Hadi seolah-olah takut berhadapan dengan realiti akibat daripada perbuatannya sendiri.
Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin Pas mahu bertindak sebagai pembela yang tidak bertempat.
Mereka sudah melihat betapa buruknya kesan daripada amanat tersebut justeru kalau pun hendak bercakap desaklah Hadi menarik balik amanatnya atau meminta penyokong Pas supaya tidak lagi berpegang kepada amanat itu. Tetapi masalah Pas tidak akan berbuat demikian apatah lagi pada saat-saat pilihan raya umum semakin hampir.
Apa pun Nik Abdul Aziz ternyata semakin dikaburi dengan ketaksuban politik sehingga menyebabkan beliau dilihat seolah-olah kehilangan sentuhan dan naluri sebagai seorang tok guru dan ulama.
Namun apa yang melucukan penulis ialah apabila Nik Abdul Aziz berkata, agama bukan hak Hadi. Soalnya parti manakah selama ini begitu beria-ia melaungkan kononnya merekalah pejuang Islam?
Parti manakah yang pemimpinnya begitu mudah memperlekehkan segala usaha UMNO dalam soal mengembangkan syiar Islam? Dan kita juga bertanya parti manakah yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum ke atas sesama Islam hanya semata-mata kerana perbezaan ideologi politik?
Semua orang tahu apa jawapannya, oleh itu tidak perlulah mana-mana pemimpin Pas cuba berpolitik dalam isu amanat ini dengan melancarkan serangan ke atas pihak yang berusaha menegak kebenaran.
Ingatlah pemimpin yang baik tidak takut untuk bertanggungjawab ke atas setiap perbuatannya, kerana beliau memahami mungkin di dunia beliau boleh bersilat lidah tetapi tidak di akhirat kelak.
Justeru Pas perlu belajar berpolitik secara jujur dan bukannya menuding jari menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku ke atas mereka atau dilakukan oleh pemimpin mereka.
Sebab itulah keikhlasan dan keberanian Hadi amat dituntut kerana hanya beliau sahaja paling layak untuk memutuskan apa yang sepatutnya dilakukan ke atas amanat berkenaan.
Mungkin Hadi rasa selamat sekarang kerana Pas apatah lagi Mursyidul Amnya tampil membela beliau tetapi Hadi harus ingat yang akan mengundi Pas bukan hanya penyokong parti itu sahaja sebaliknya penentu nasib Pas adalah orang Melayu dan umat Islam.
Golongan itu sudah melihat bagaimana buruknya kesan akibat Amanat Haji Hadi. Mereka kini semakin faham bahawa Pas sanggup melakukan apa sahaja demi untuk meraih kuasa politik.
Kalau dibandingkan Pas dulu dan sekarang tiada bezanya, dulu mereka riuh kafirlah UMNO untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang mereka bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pula demi memburu undi bukan Melayu.
Sejak berkawan rapat dengan PKR, pemimpin-pemimpin Pas semakin pandai menjadi sesumpah politik. Begitulah dalam isu amanat ini, Pas tidak akan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku kerana bimbang akan kehilangan sokongan politik, oleh itu mahu tak mahu Hadi dan pemimpin Pas akan terus bersandiwara dalam isu amanat tersebut.
Salah satu cara ialah mengalih perhatian kepada isu lain, supaya isu Amanat Haji Hadi tidak lagi diperkatakan. Malahan kita juga jangan terkejut jika Pas dilihat seolah-olah berkrisis dengan DAP dalam sesuatu isu.
Hakikatnya semua itu satu sandiwara Pas untuk mengalih perhatian orang Melayu terhadap isu amanat. Kita faham sejauh mana keberanian Pas dalam berhadapan dengan DAP. Kalau Pas begitu berani menyanggah DAP sudah lama Pas bukan sahaja akan dominan dalam pakatan pembangkang malahan akan kekal dengan perjuangan Islamnya.
Oleh itu tidak payahlah Pas hendak bersandiwara kononnya mereka berani menyanggah DAP sedangkan isu amanat pun tidak mampu ditangani.
Jika Pas berasa mereka parti hebat tampilkan Hadi untuk membuat penjelasan supaya segala-gala dosa Pas akibat amanat berkenaan dapat ditebus.
Bagaimanapun percayalah Pas tidak mungkin berbuat demikian kerana perjuangan Pas sekarang bukanlah berkonsepkan parti Islam tetapi sebuah parti yang semakin hendak tenggelam kerana memburu kuasa.
Apa pun kita tunggu dan lihatlah sejauh mana keberanian Pas dalam isu amanat ini kerana jika tersilap langkah ia akan menjadi virus yang mampu memusnahkan Pas seperti virus Amanat Haji Hadi yang terbukti telah memporak-perandakan umat Islam sejak 31 tahun lalu.

Sunday, December 30, 2012

PESERTA MOGOK LAPAR BUAT LAWATAN KE RESTORAN


Selama ini PSM ingat mogok lapar bermaksud tidak makan , tapi di Malaysia peserta Mogok Lapar telah memberikan definasikan baru tentang "Mogok Lapar". Kalau macam ni lahh baik korang mogok lapar 10 tahun.....!!!

Emm... ini kerje korang yerr...!!! siang-siang pun korang nak menipu..., Apa bezanya korang dengan Bapak peliwat...???

agaknya apa benda si badigol ni masukkan ke dalam mulut dia....chehh..., puasa pun tak cukup, ada hati nak mogok lapar. Piiirahh...!!!

Rasa nak hentak je dengan kerusi ....!!! Penipuuuu.....!!!





Saturday, December 29, 2012

APA CITER BEST DI FACEBOOK ...???


Zamzuri Mohamed Tahir
http://www.facebook.com/zamzuri.mt/posts/578685658815505


Apakah anda sukar untuk mengenali 4 jenis syaitan akhir zaman ini???
(i) Nick 
(ii) Nga
(iii) Ngeh
(iv) Ngok 

Ada sesiapa boleh perkenalkan mereka pada rakan-rakan FB???



Wan Indra Putra Ahmad
http://www.facebook.com/wanindraputra.ahmad/posts/311836412267078


Bendera Palestin dgn bendera Pas tak sama ya kan, lebih berpahala & murni kibar bendera Palestin dari bendera Pas, setuju ???...


Azanisham Samat
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=4533213801831&set=a.1301220924029.46051.1035621433&type=1



Lawak paling bangang untuk orang-orang bangang.... Bukan ker dia ni sendiri yang mempelopori Boikot RTM, TV3 dan Utusan??? Bila Amanat Kapir dia dah Allah balikkan pada diaorang... baru la terguling-guling nak guna TV1 dan TV3... Bahlol punya statement untuk orang-orang bahlol


Jas Salleh
http://www.facebook.com/jas.salleh/posts/558107507549926

Setelah 31 tahun Hj Hadi bergelumang dengan Dosa Mengkafirkan dengan sengaja orang Islam, kini beliau mahu apa? 
Berapa ramai yang sudah terpedaya & akhirnya melakukan perkara-perkara yang tak epatutnya dilakukannya?
AMANAT nya 31 tahun dulu menyemai BENIH ASSOBIYAH/ TAKSOB PUAK.
Kini terperangkap dalam DOSA HITAMNYA sendiri (lebih berat dari DOSA MAKSIAT , TAK TUTUP AURAT, DOSA JUDI) Apakah jalan keluar bagi Hj Hadi?
Hanya satu sahaja, yakni MENARIK BALIK AMANATNYA DAN BENAR-BENAR MEMASTIKAN SEMUA AKIDAH YG TERPESONG DIPERBETULKAN KEMBALI. 



Asmah Karamin Askara
http://www.facebook.com/asmahkaramin.askara/posts/102996473204008

MEKAH MINUM AIR ZAM-ZAM.
SERAMBI MEKAH MINUM AIR KERUH BERKARAT
Masih lagi masalah air menjadi isu hangat dikelantan bila nak selesai!!!!!!!!!






Mus Usof

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=491659580872131&set=a.352903788081045.80742.100000842801887&type=1&theater


warga felda dan PDRM akan pertahankan wisma FELDA, APA YG PR SIBUK2 SANGAT NAK MINTA MAT ISA LETAK JAWATAN....FELDA TU MEREKA KE YG PERJUANGANKAN SELAMA NI????..... CUBA LA NAIKKAN LADANG RAKYAT SETARAF WARGA FELDA...




Mohammad Firdaus Hasnel II

http://www.facebook.com/mohammadfirdaus.hasnelii/posts/325313737582497

KAUM CAUVINIS CUKUP BENCI KEPADA JUTAWAN ISLAM INI, MELUAP2 KEBENCIAN MEREKA SEHINGGA MENGISTIHARKAN BOIKOT SEMUA PRODUK DARI JUTAWAN ISLAM INI, TERMASUKLAH ROTI GARDENIA.....!!!
SEDANGKAN BETAPA BANYAK KEKAYAANNYA DIGUNAKAN UNTUK MEMARTABATKAN ISLAM . BERAPA RAMAI ANAK2 MELAYU ISLAM YANG MISKIN DIBANTU TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK. BERAPA BANYAK MASJID YANG TELAH DI BINA. BERAPA BANYAK SURAU2 YANG DIBANTU NYA...???
SANGGUPKAH ANDA MEMBANTU KUFFAR CAUVINIS INI MERUNTUHKAN SALAH SEORANG JUTAWAN ISLAM YANG IKHLAS MEMBANTU SAUDARANYA ...???

Wednesday, December 26, 2012

AGENDA BESAR KUFFAR JATUHKAN SYED MOKHTAR ALBIKHARY




KAUM CAUVINIS CUKUP BENCI KEPADA JUTAWAN ISLAM INI, MELUAP2 KEBENCIAN MEREKA SEHINGGA MENGISTIHARKAN BOIKOT SEMUA PRODUK DARI JUTAWAN ISLAM INI, TERMASUKLAH ROTI GARDENIA.....!!!
SEDANGKAN BETAPA BANYAK KEKAYAANNYA DIGUNAKAN UNTUK MEMARTABATKAN ISLAM . BERAPA RAMAI ANAK2 MELAYU ISLAM YANG MISKIN DIBANTU TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK. BERAPA BANYAK MASJID YANG TELAH DI BINA. BERAPA BANYAK SURAU2 YANG DIBANTU NYA...???
SANGGUPKAH ANDA MEMBANTU KUFFAR CAUVINIS INI MERUNTUHKAN SALAH SEORANG JUTAWAN ISLAM YANG IKHLAS MEMBANTU SAUDARANYA ...???

1. Dalam satu pertemuan dengan TS Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam.

2. Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'?

3. Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tidak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau.

4. Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad?
Gardenia.

1. Sebelum Gardenia diambil alih oleh TS Mokhtar, Gardenia berada di bawah 'supply-chain' orang bukan Islam.

2. Dan sebelum itu juga terdapat beberapa kes kedengaran mengenai Gardenia itu tidak halal, mengandungi unsur yang haram.

3. Majoriti yang menggunakan label Gardenia adalah daripada bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Cuba bayangkan sekiranyalah terdapat individu yang mempunyai niat khianat dan meletakkan walau setitis pun minyak babi ke dalam campuran tersebut, kesannya akan sampai kepada siapa?

5. Maka dengan inisiatif untuk menjaga label Gardenia ini supaya tidak tercemar dengan perbuatan sedemikian, datanglah satu rasa tanggung jawab kepada TS Mokhtar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

6. Sekiranya angin tidak bertiup masakan pohon boleh bergoyang.

1. Satu fakta menarik tentang Proton Holdings ini beserta dengan anak syarikatnya sekali adalah seramai hampir 20,000 orang pekerja.

2. Jika termasuk sekali dengan pengedar dan pusat servisnya, jumlah ini meningkat kepada hampir 35,000 orang secara tidak langsung.

3. Dan hampir 80% daripada jumlah mereka yang menerima secara langsung ataupun tidak adalah mereka yang terdiri daripada Bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Disebabkan adanya Proton ini, maka nasib 35,000 orang telah terjamin dengan adanya pekerjaan.

5. Sekiranya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu faham asas penubuhan Proton itu sendiri, maka sebagai satu dasar perjuangan bangsa seperti mana yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Korea, orang Melayu sendiri akan memperjuangkan Proton itu dan akan menyokong produk-produk syarikat ini.6. Dengan setiap RM 1.00 yang dibelanjakan oleh anak Melayu kepada Proton, duit tersebut akan memberi makan semula kepada anak Melayu yang lain. Inilah yang rakyat Jepun dan Korea faham tentang perjuangan bangsa dan Nasional.

7. Dan sekiranya kita katakan bahawa rakyat Jepun dan Korea menyokong produk mereka kerana produk mereka sememangnya baik, ingatlah bahawa pernah ada waktunya yang syarikat-syarikat mereka ini seperti Proton yang baru hendak bermula.
8. Dengan sokongan daripada rakyat mereka sendiri maka teknologi automotif itu dapat dipacu dengan lebih laju.

9. Atas dasar kesedaran inilah, TS Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih Proton kerana kebajikan 35,000 orang pekerja kini berada di bawah beliau.

10. Walaupun rugi dan mengalamai beberapa masalah, tetapi beliau tetap berani untuk mengambil alihnya sendiri dengan harapan teknologi automotif dapat dipacu dan rakyat Malaysia kembali yakin dengan produk-produk Proton.

Jihad

1. Dapat dilihat bahawa kedua-dua pengambil alihan ini bertujuan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukankah ini dapat dilihat sebagai satu bentuk pengorbanan?

2. Memang benar terdapat orang lain yang boleh mengambil alih kedua-dua syarikat ini tetapi syarikat mana lagi yang berani untuk mengambil keputusan yang tidak menguntungkan ini.

3. KTMB, Penang Port dan banyak lagi yang perlu dipegang oleh orang Melayu untuk kesejahteraan orang Melayu adalah dibawah perancangan beliau.

4. Tetapi malangnya, sesetengah individu melihat ini sebagai satu bentuk monopoli oleh beliau.
5. Sekiranya ada individu lain yang inginkan syarikat-syarikat tertentu, maka tawarlah bidaan ini seperti mana yang beliau lakukan. Jangan salahkan TS Mokhtar kerana beliau berani untuk mengambil risiko-risiko sedemikian.

Kekayaan TS Mokhtar

1. Sekiranya ditanyakan kepada TS Mokhtar atas kekayaan beliau sebanyak USD 3.3 Billion, tanyalah di mana letaknya nilai tersebut.

2. Ia terletak kepada jumlah aset, saham anak syarikat serta pelaburan-pelaburan yang beliau lakukan dan bukannya dalam bentuk nilai tunai.

3. Hasil daripada perniagaan beliau juga disalurkan kepada pelbagai badan kebajikan serta yayasan seperti yayasan beliau sendiri iaitu Yayasan Al-Bukhary.

4. Dengan hasil pendapatan yang tinggi juga perludiingatkan bahawa cukai dan zakat juga terpakai ke atas beliau.
5. Secara tidak langsung, cukai-cukai serta zakat yang beliau bayar daripada puluhan syarikat-syarikat beliau termasuk dirinya sendiri akhirnya akan ke kantung pendapatan negara dan akhirnya kepada kita juga, rakyat Malaysia.

6. Secara tidak langsung, rakyat menikmati hasil kekayaan beliau melalui cukai dan orang Melayu yang beragama Islam ini dapat juga menikmatinya melalui saluran zakat yang beliau berikan.

7. Dan individu yang memberi inilah yang rakyat Malaysia kecam, yang rakyat Malaysia cerca, yang rakyat Malaysia cerca. Walhal, kita secara tidak langsung pun menerima hasil daripada beliau.

8. Kerana itulah perlunya ada bangsa Melayu yang beragama Islam ini untuk menjadi usahawan-usahawan antarabangsa kerana akhirnya hasil itu dapat dikongsi bersama melalui sumbangan-sumbangan zakat.

9. Cuba kita lihat yang meraung-raung di jalan raya melaungkan "Duit rakyat! Duit rakyat!" dan kita tanya adakah mereka ini membayar cukai pendapatan?

9a. Lebih daripada separuh daripadanya berpendapatan kurang dari RM 3000 sebulan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.
9b. 'Duit rakyat' mana mereka perjuangkan kalau tidak duit 'taikun-taikun' yang majoritinya bukan berbangsa Melayu.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

Sumber : Truth Vaccine

Ada yang tak boleh melihat melayu di atas. Keris doakan lebih ramai lagi jutawan seperti TS Syed Mokhtar dilahirkan. Biar Melayu jadi kaya, usah dengki usah putus asa. Semoga Melayu menguasai ekonomi kelak.






ILMU MUFTI TIDAK SETINGGI HAJI HADI : SUBKY LATIF

BONGKAK DAN TAKKABUR. Itulah istilah yang paling sesuai untuk pemimpin PAS seperti Subky Latif dan seangkatan dengannya. Mufti baginya adalah seolah-olah seperti  peminta sedekah yang memerlukan ikhsan dari pihak UMNO. Sudah semestinya apabila pendpat Mufti tidak selari dengan nafsu PAS , mereka akan di gelar dan dilebelkan dengan pelbagai perkataan yang hina. Amanat Haji Hadi kononnya perlu dinilai oleh profesor-profesor terkemuka OXFORD DAN HARVARD. Apakah Subky tidak mempunyai rasa malu untuk berkata demikian , sambil menyifatkan profesor-profesor universiti tempatan sebagai PROFESOR KANGKUNG.

BACALAH PENDAPATNYA YANG PALING BIJAK DALAM DUNIA NII...!!!

"Ia ada satu topik yang cantik bagi calon-calon PhD. Jika mahu tesis itu dihargai dan ada nilai akademik yang tinggi, jangan ia dikendali di bawah mana universiti di Malaysia kerana rata-rata profesornya ada stigma apa yang dikatakan profesor kangkung.

Biar ia dibuat di bawah universiti terkemuka  dunia seperti Oxford, Harvard atau mana-mana universiti masyhur di Perancis dan Belanda. Nescaya calon  PhD itu akan muncul sebagai  doktor yang terbilang."

Tidak berbangkit amanat itu perlu ditarik balik seperti yang dituntut oleh dua mufti dan ulama remaja yang status masing-masing boleh ditakwil. Seorang mufti itu tidak diterima oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir permintaannya untuk bertemu bagi membincangkan sesuatu dan yang seorang lagi adalah seorang yang sentiasa ada di rumah Dato Asri semasa menjadi pemimpin PAS dan menyertai UMNO apabila Anwar Ibrahim  dan Dato Asri menyertai UMNO.

Tidak mustahil kedudukan sebagai mufti itu lebih kerana UMNO dari ilmunya. Ulama remaja itu amatlah baru. Ikut peri bahasa orang tua Melayu dulu-dulu orang yang seusia  itu disifatkan budak berhingus. Tetapi tiada dalam Islam peri bahasa ulama berhingus kerana Imam Syafie sudah jadi mufti pada usia 15 tahun.

Kata Tok Guru Nik Aziz, jangan sangka Ustaz Hadi tidak tahu hukum hakam. Ada yang mengibaratkan semasa  beliau pulang dari Mesir dulu kitabnya  saja lima pikul. Tiada  siapa menimbang kitabnya tetapi untuk menggambarkan banyak kitab yang dibacanya.

Seorang pensyarah Islam UKM pernah dilantik oleh Tan Sri Wan Mokhtar duduk dalam Biro Agama UMNO. Mesyuarat pertama yang dihadirinya dikatakan dia membandingkan ulama PAS dengan ulama UMNO. Ulama PAS sepulang dari Mesir hari-hari baca kitab dan tiap-tiap malam mengajar. Ulama UMNO belum tentu buka kitab sekali dalam masa setahun. Lepas itu dia tidak dipanggil mesyuarat lagi.

Sejak pulang dari Mesir hujung tahun 70-an dulu, Ustaz Hadi mengadakan kuliah di Masjid Rusila setiap pagi Jumaat dihadiri antara 7 ribu hingga 10 ribu. Hampir 40 tahun beliau mengajar. Sejak itu beliau saja di  Malalysia ini yang berkhutbah Jumaat tanpa teks yang diedit  oleh Jabatan Agama.

Mana ada mufti dan ulama UMNO ada kuliah sepertinya sejak 40  tahun lalu. Ada pun mufti itu apabila dilihat  ranggi sikit lalu dipecat seperti yang dialami oleh al-Marhum Dato Ishak Baharom, Mufti Selangor dulu. Mana ada mufti yang lebih berani selain dari Dato Ishak Baharom?

Isu Amanat Haji Hadi dikira sinonim dengan isu kafir mengkafir. Timbul setiap ada pilihanraya. Lepas pilihanraya ia pun mati. Tunggu PRU lima tahun lagi.

Itulah kerja polis cawangan khas yang digerakkan oleh bahagian perang saraf di Jabatan Perdana Menteri  dan di kementerian penerangan.

UMNO pun tidaklah sensitif sangat atas amanat itu. Jika ia peka, ia tidak akan berusaha dari semasa ke  semasa mengajak PAS bersatu dengan UMNO. Sejak zaman Mahathir, zaman Dollah Badawi sampailah  zaman Najib, UMNO buat macam-macam  ajak PAS bersamanya. Ia marah PAS bekerja dengan DAP tetapi tidak mahu bersama UMNO.

Siapa kata orang Islam keliru dan berpecah kerana amanat itu? Orang Melayu sudah tidak bersependapat sejak mereka tahu politik, lama sebelum Ustaz Hadi bercakap  di Banggol Peradong tahun 1981.

Kalau amanah itu besar  sangat dan apa yang dikatakan PAS mengkafirkan UMNO itu penting sangat, jadah apa UMNO ajak PAS dari semasa ke semasa untuk bersamanya, sedang mereka tahu al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah kata, ‘Kami tak bulo’.

Maka mengapa tok-tok mufti dan budak berhingus UMNO masuk perangkap polis cawangan khas menjelang pilihanraya?

Tuesday, December 25, 2012

AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN


Sesungguhnya Al-Quran adalah panduan yang terpenting untuk umat Islam. Jika hari ini umat Islam berpecah dan bermusuh sesama sendiri, sebabnya bukanlah Islam dan Al-Quran tetapi tafsiran yang berbeza-beza yang dibuat oleh ulama-ulama di zaman dahulu dan sekarang. Sebagai manusia biasa mereka tidak mungkin bebas daripada kecacatan dan kesilapan. Apabila kesilapan mereka jelas dan terang dan membawa perpecahan dan kelemahan kepada umat Islam, tafsiran mereka berkenaan surah dan ayat Al-Quran perlu dikaji dan dipinda supaya umat Islam dapat kembali kepada Al- Quran dan Islam yang sebenar dan mereka kembali bersatu dan hidup bahagia sebagai khalifah Allah di bumi ini. Pengembalian umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar hendaklah dibuat secara hikmah seperti yang dikehendaki oleh Islam.

 Al-Quran bukan hanya hiasan walaupun penulisannya perlu mencerminkan penghargaan yang tinggi oleh umat Islam. Al-Quran adalah rujukan yang penting bagi umat Islam. Penyembunyian sebahagian besar daripada isi kandungan Al-Quran atau lebih buruk lagi percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran adalah sejenis pengkhianatan kepada agama Islam.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=403360516410970&set=a.332020273544995.76869.331865920227097&type=1&theater

RAKYAT KEDAH SUDAH SEDAR



AKTIVIS UMNO PEKAN NAKA
Tahukah anda..kini hampir 80% Sekolah Agama Rakyat di negeri Kedah sdh mula memberi sokongan secara terbuka kpd Barisan Nasional. Malah dlm perjumpaan tertutup dgn Timbalan Perdana Menteri baru2 ini di Kedah,para pentadbir Sekolah2 Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz di seluruh Kedah melahirkan kekecewaan mereka scara terbuka terhadap parti pas yg selama ini mereka anggap akan mnjadi pembela dn pejuang Sekolah Agama Rakyat,Maahad Tahfiz dn Pondok2 Pengajian Islam di seluruh Kedah. Ini adalah perkembangan baru yg menarik di bumi Kedah Darul Peace. Tetapi Allah tlh singkap tirai kebenaran wajah sebenar parti pas iaitu parti yg sll mngaku sbg parti Islam. Nmun bl Allah uji parti pas dgn mmberikan kemenangan kpd Gerombolan Regim Zionis Pas di negeri Kedah,akhirnya tembelang sebenar puak2 gerombolan hijau putih ini sdh tersingkap. Sbnrnya pas hnya mmpergunakan sekolah2 agama rakyat sbg modal politik utk pas smata2. Bknnya btl2 ikhlas berjuang utk pembangunan sekolah agama rakyat. Sbb itu sejak 2,3 thn kebelakangan ini,pas lngsung x pnh mmberi bantuan kpd sekolah agama rakyat di Kedah walau sekupang pn. Hari ini,sekolah2 agama rakyat,maahad tahfiz serta pondok2 pengajian Islam di Kedah tlh bangkit utk menentang pas scara terbuka dn memberi sokongan kpd Barisan Nasional scara terbuka. Terima kaseh Allah. Akhirnya kebenaran tiba jua setelah pembohongan drp munafik2 yg mnjadikan agama sbg topeng sdh pn mngelilingi dunia. INGAT PAS INGAT FITNAH!!!

http://www.facebook.com/aktivisumno.pekannaka.7

KAFIRKAH AKU (1)

Pimpinan Pas pernah mempertikaikan kerajaan BN/Umno memberi wang sumber haram pada umat Islam untuk bangunkan masjid, surau, dewan orang ramai, sumbangan kebajikan pada fakir miskin dan lain- lain usaha kebajikan. Mengapa setelah 2 tahun lebih berkuasa MB Pas yang lebih faham Islam dari Umno, melakukan kerja-kerja yang sama seperti kerajaan BN/Umno dulu. Bertambah pelik apabila ramai ulama Pas pusat dan negeri memuji MB Kedah kononnya pandai memerintah, seorang yang toleran. Biar pun judi, arak, pusat hiburan dan bermacam maksiat makin berleluasa.

Mengulas isu halal haram ini mengingatkan kita pada satu kisah bagaimana seorang murid yang ingin mendapat fatwa dari tok gurunya tentang haram halal ikan yang diperolehi semasa memancing. Oleh kerana jenis ikan itu tak pernah ditemui sebelum ini dan besarnya juga agak luar biasa, timbullah keraguannya. Tanpa menunjukkan ikan, dia merujuk hal itu pada gurunya. Bila gurunya memfatwakan ikan begitu tidak boleh di makan, lalu murid itu berkata, ‘sayang sekali kerana kalau boleh dimakan, saya bercadang kepala ikan itu akan diberi pada tuan guru’.
Mendengar keluhan itu, gurunya menyuruh dibawa ikan untuk dilihatnya terlebih dahulu. Sebaik sahaja ikan itu berada di hadapannya, terus guru tersebut berkata yang ikan itu boleh dimakan. Dapatlah dia bahagian kepala ikan hasil dari fatwa barunya itu. Kisah ini dulunya sering disebut oleh ulama Pas dengan ditujukan ulama itu kepada ulama Umno. Oleh kerana ada habuan (kepala ikan), fatwanya telah berubah dari tidak boleh kepada boleh. Dengan perkembangan pemerintahan Pas di Kedah, apakah mereka juga telah mendapat kepala ikan seperti tuan guru dalam kisah di atas.
 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=184062068406724&set=a.105038212975777.9984.100004087959184&type=1&theater&notif_t=like

Sunday, December 23, 2012

Penjelasan isu tuntutan hasil petroleum kerajaan negeri Kelantan


Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumapai dalam negeri berkenaan.

1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?

Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).

3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?

Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas ynag mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilyah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil ynag diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.

4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?

Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?

Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop/bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975/76. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.

6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta?

Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan negeri kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana ianya di luar perairan 3 batu nautika.

7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan.

Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PASA Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (Bernama - 1Novembe, 2000).

Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?

Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Ketua Pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royaliti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh keran itu, Ketua Pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu.

Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.

AIR MATA DI BUMI MEMALI

Peringatan allahyarham Ustaz Hassan dulu menjadi perangsang kepada saya. Saya tahu pekara ini akan berlaku dan saya tidak marah, tidak malu kerana saya di pecat disebabkan berjuang menuntut hak dan keadilan bagi balu-balu dan anak yatim Memali. Biarlah orang lain puas dengan pemecatan saya dan hasratnya nak hidup senang , mewah dan megah di atas perjuangan titisan darah dan nyawa para syuhada.

Saya mengambil sikap berjuang untuk Islam . Perjuangan saya ini boleh diteruskan walau tidak menjadi ahli. Mungkin saya rugi kerana tidak berpeluang untuk menjawat jawatan dalam parti, tak boleh menghadiri sebarang mesyuarat dan mengikuti program anjuran parti. Itu bukan matlamat saya lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang, arah dan hala tuju Pas tidak jelas seperti dahulu. Biarlah saya tawakuf dahulu . Dalam masa yang sama , saya tidak pernah menghasut atau meminta sesiapa dari ahli keluarga hatta isteri-isteri atau yang menyokong saya untuk tinggalkan PAS. Begitu juga dengan anak menantu saya. Saya galakan mereka menjadi ahli PAS, bergiat aktif dalam PAS.

Beberapa minggu saya di pecat, saya di datangi oleh Salehuddin Ayub yang kebetulan ada program dengan pemuda Baling. Dalam berbual itu , dia menasihatkan saya agar membuat rayuan. Saya berjanji akan pertimbangkan dulu, kerana masa yang di beri enam puluh hari. Mengikut hati , seperti dah serik untuk berjuang bersama PAS. Sikap pimpinan PAS kawasan , negeri dan pusat dalam menangani isu Tabung Memali ini , sungguh mengecewakan. Kadang-kadang susah nak percaya , para pemimpin yang bertaraf ulamak, tok guru, ustaz boleh bersikap demikian . Sedangkan masing-masing faham, apa yang sedang menjadi isu sekarang adalah harta anak yatim yang di amanahkan kepada parti.

Bukan seorang, bukan dua orang, bukan sepuluh orang , tapi berpuluh orang. Bapa mereka bukan mati jatuh pokok , lemas di laut , dilanggar kereta atau bunuh diri, tetapi mati mempertahankan maruah agama , maruah parti dan bunuh diri. Mereka bukan digantung, tetapi di tembak dalam medan jihad yang mengalir darah merah , darah mujahid yang memancar cahaya jihad di merata tanah air. 

Benar, apa yang di ucapkan oleh Ustaz Fadhil Noor dalam majlis 29 ogos 2000, bahawa tidak ada lagi anak yatim. Mereka telah remaja , dah besar. Paling muda pun berusia 16 tahun . Persoalannya bukan usia , tetapi duit mereka yang masih ada di bawa kemana ?
Bukankah harta anak yatim itu wajib diserahkan kepada mereka setelah mereka cukup usia atau telah boleh mengurus sendiri . Haram diguna untuk apa pun tanpa izin dari mereka . Sepatutnya, apabila sedar mereka sudah cukup usia, terangkan pada mereka jumlah wang setiap dari mereka. Jika ada baki , serahkan pada mereka , jika habis dibelanjakan untuk mereka mungkin ada yang tersalah guna atau tersalah urus. Ini mereka tidak pernah diberitahu berapa sebenar wang mereka, tiba-tiba saja di beritahu habis. 

Mustahil para alim ulamak dalam pimpinan PAS lupa akan peringatan Allah dalam ayat 1 dan 2 surah Al-ma'un.

(PETIKAN DARI BUKU AIR MATA DI BUMI MEMALI karangan C.N AL-AFGANI)

"Tahukah engkau orang yang mendustakan agama? Orang itu adalah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak-anak yatim' 107: 1~2.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1223541407787315&set=a.132801050194695.26734.132784973529636&type=1&theater


DAP an obstacle to Islamic state aspiration

KUALA LUMPUR, Dec 3 — Independent Selangor lawmaker Datuk Hasan Ali portrayed today the DAP as an obstacle to PAS’s bid for an Islamic state, countering the MCA’s claim that the secular opposition party is camouflaging its Pakatan Rakyat (PR) Islamist ally’s true intent.

The DAP frequently opposes PAS’s efforts to elevate the religion while the Islamist party’s attitude of conforming to its Chinese-dominant partner despite claiming to be championing Islam has clearly disappointed Muslim Malaysians, said Hasan (picture), the former Selangor PAS chief.
“What is being raised here is not a question of enforcing rules like those in the enactment that have been in force for so long,” said the president of Muslim group Jalur Tiga (Jati), referring to DAP chairman Karpal Singh’s recent remarks on a controversial by-law barring women hairdressers from cutting men’s hair and vice-versa in PAS-led Kelantan’s capital Kota Baru. 
“But more to the question of opposition and obstruction towards those rules that come from the DAP, PAS’s political partner in the opposition pact,” the assemblyman for Gombak Setia said in a statement.
Hasan said Karpal’s comment showed the DAP was unprepared to accept any Islamic rule, and urged the Malay-Muslim community to find alternatives to ensure Islam will be elevated instead of relying on PAS to do so.
“If in a matter that is said to be trivial like this the DAP cannot receive well, what more in bigger issues like implementing hudud and an Islamic state that PAS promises to realise when the opposition pact succeeds in capturing Putrajaya,” he said.
Racial and religious issues are inseparable in Southeast Asia’s third-biggest economy, sparking heated rows between the opposition PR and the ruling Barisan Nasional (BN) coalition as well as among their respective political alliances as the 13th general election looms.
Malays make up some 60 per cent of the population and are defined as Muslims by the country’s highest law. 
The MCA, the Chinese component party in the 13-member BN, has persistently painted the DAP as paving the way for an Islamic theocracy to be formed in the run-up to polls that could catapult the PR pact to Putrajaya.
However, BN lynchpin Umno and other right-wing Malay groups have just as persistently been portraying the DAP as a catalyst for the setting up of a Christian state and a Christian prime minister in the mainstream media.

Defeat would be a blow to Islamic state


WHETHER or not the opposition boycott is carried out, the Muslim Brotherhood is confident it has enough support to win the referendum, which will be decided on a straight majority. It believes the liberals represent a minority view and that most Egyptians are happy to see the emphasis on Islam that runs through parts of the draft.
''The seculars and liberals are mobilising people to bring down the Islamic state,'' said Mohammed Bishawi, a Muslim Brotherhood member, at a rally at the organisation's headquarters on the outskirts of Cairo.
Mr Bishawi said the wave of opposition to the President, Mohammed Mursi, in the past two weeks, since he announced his new powers, was ''manufactured by the media''.
''We, the Islamic powers, chosen by democratic election, want to prove to the world that the Egyptian people are with President Mursi and their new constitution,'' he said. ''The liberals don't have any real existence on the street.''

The opposition risks making itself look irrelevant if the constitution is passed by a large majority. But if the Brotherhood loses the referendum or has a low turnout, it will be a blow to its assumption that political Islam is the dominant voice of Egyptians.
Defeat would also suggest the public accepted the opposition view that the Brotherhood is showing increasingly authoritarian tendencies.
If there is a ''no'' vote in the referendum, a constitutional assembly of 100 members would have to be elected within three months, and a constitution agreed within six months and put to a referendum within a month after that. Only then can there be elections, by which time the Brotherhood may have lost the popularity it had when it won elections earlier this year.

http://www.smh.com.au/world/defeat-would-be-a-blow-to-islamic-state-20121210-2b5o0.html

MUJAHIDDIN TURUT MENENTANG KEMUNGKARAN PAS


KENAPA MUJAHIDDIN AFGANISTAN INI MENENTANG PAS...??? 
>ADAKAH KERANA UMNO MERASUAH BELIAU....???
>ADAKAH KERANA DUIT TABUNG MEMALI DI SONGLAP OLEH LEBAI CELUP PAS...???
> ADAKAH KERANA INGIN MENEGAK KEBENARAN DAN MENENTANG KEMUNGKARAN DI DALAM PAS...???
BOLEHKAH MINDA ORANG PAS TERBUKA DAN MENERIMA KRITIKAN SEORANG PEJUANG ISLAM YANG PERNAH MEMBURU SYAHID DI AFGANISNTAN...???


NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.
Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.

MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?

ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.

Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

ZAINON: Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: "Takkan sampai macam tu sekali kot" tapi malam itu saya kata balik: "memang macam inilah...Prinsip kami macam inilah,".

Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

ZAINON: Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila

Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.

Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

ZAINON: Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.

Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

ZAINON: Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah.