Friday, August 1, 2014

PERANG MULA MEREBAK ANTARA PAS DAN DAP PULA ...

1. Pas Selangor membidas sikap beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang terlalu 'ghairah' mahu parti itu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang didakwa mencadangkan senario yang dijangka berlaku sekiranya Pas keluar daripada pakatan pembangkang.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, desakan PKR dan DAP tidak sepatutnya timbul apatah lagi diperbesar-besarkan sehingga menjadi polemik dalam pakatan
2. DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan berhenti mendesak Pas mengambil tindakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berkata, desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar Pas disifatkan seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.
Menurut beliau, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mempersalahkan Mohd. Zuhdi dalam isu tersebut malah sebaliknya, mereka bersedia untuk mempertahankannya.
3. DAP tidak sepatutnya terkejut apabila Pas membuat analisis tentang senario yang mungkin berlaku di Selangor sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa, DAP juga pernah melakukan perkara serupa apabila kerajaan Pas Kelantan mahu membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke Dewan Rakyat.
"Tahukah anda bahawa DAP sebagai contoh juga membuat perkiraan yang serupa melalui kenyataan beberapa orang pimpinan mereka.
"Malah, sebahagiannya dibuat secara terbuka bahawa DAP akan keluar pakatan pembangkang jika Pas membawa enakmen hudud ke Parlimen," katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

No comments:

Post a Comment