Pimpinan Pas pernah mempertikaikan kerajaan BN/Umno memberi wang sumber haram pada umat Islam untuk bangunkan masjid, surau, dewan orang ramai, sumbangan kebajikan pada fakir miskin dan lain- lain usaha kebajikan. Mengapa setelah 2 tahun lebih berkuasa MB Pas yang lebih faham Islam dari Umno, melakukan kerja-kerja yang sama seperti kerajaan BN/Umno dulu. Bertambah pelik apabila ramai ulama Pas pusat dan negeri memuji MB Kedah kononnya pandai memerintah, seorang yang toleran. Biar pun judi, arak, pusat hiburan dan bermacam maksiat makin berleluasa.
Mengulas isu halal haram ini mengingatkan kita pada satu kisah bagaimana seorang murid yang ingin mendapat fatwa dari tok gurunya tentang haram halal ikan yang diperolehi semasa memancing. Oleh kerana jenis ikan itu tak pernah ditemui sebelum ini dan besarnya juga agak luar biasa, timbullah keraguannya. Tanpa menunjukkan ikan, dia merujuk hal itu pada gurunya. Bila gurunya memfatwakan ikan begitu tidak boleh di makan, lalu murid itu berkata, ‘sayang sekali kerana kalau boleh dimakan, saya bercadang kepala ikan itu akan diberi pada tuan guru’.
Mendengar keluhan itu, gurunya menyuruh dibawa ikan untuk dilihatnya terlebih dahulu. Sebaik sahaja ikan itu berada di hadapannya, terus guru tersebut berkata yang ikan itu boleh dimakan. Dapatlah dia bahagian kepala ikan hasil dari fatwa barunya itu. Kisah ini dulunya sering disebut oleh ulama Pas dengan ditujukan ulama itu kepada ulama Umno. Oleh kerana ada habuan (kepala ikan), fatwanya telah berubah dari tidak boleh kepada boleh. Dengan perkembangan pemerintahan Pas di Kedah, apakah mereka juga telah mendapat kepala ikan seperti tuan guru dalam kisah di atas.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=184062068406724&set=a.105038212975777.9984.100004087959184&type=1&theater¬if_t=like
No comments:
Post a Comment