Sunday, December 23, 2012

Penjelasan isu tuntutan hasil petroleum kerajaan negeri Kelantan


Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumapai dalam negeri berkenaan.

1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?

Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).

3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?

Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas ynag mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilyah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil ynag diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.

4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?

Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?

Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop/bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975/76. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.

6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta?

Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan negeri kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana ianya di luar perairan 3 batu nautika.

7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan.

Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PASA Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (Bernama - 1Novembe, 2000).

Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?

Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Ketua Pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royaliti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh keran itu, Ketua Pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu.

Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.