Tuesday, December 25, 2012

AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN


Sesungguhnya Al-Quran adalah panduan yang terpenting untuk umat Islam. Jika hari ini umat Islam berpecah dan bermusuh sesama sendiri, sebabnya bukanlah Islam dan Al-Quran tetapi tafsiran yang berbeza-beza yang dibuat oleh ulama-ulama di zaman dahulu dan sekarang. Sebagai manusia biasa mereka tidak mungkin bebas daripada kecacatan dan kesilapan. Apabila kesilapan mereka jelas dan terang dan membawa perpecahan dan kelemahan kepada umat Islam, tafsiran mereka berkenaan surah dan ayat Al-Quran perlu dikaji dan dipinda supaya umat Islam dapat kembali kepada Al- Quran dan Islam yang sebenar dan mereka kembali bersatu dan hidup bahagia sebagai khalifah Allah di bumi ini. Pengembalian umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar hendaklah dibuat secara hikmah seperti yang dikehendaki oleh Islam.

 Al-Quran bukan hanya hiasan walaupun penulisannya perlu mencerminkan penghargaan yang tinggi oleh umat Islam. Al-Quran adalah rujukan yang penting bagi umat Islam. Penyembunyian sebahagian besar daripada isi kandungan Al-Quran atau lebih buruk lagi percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran adalah sejenis pengkhianatan kepada agama Islam.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=403360516410970&set=a.332020273544995.76869.331865920227097&type=1&theater