Peringatan allahyarham Ustaz Hassan dulu menjadi perangsang kepada saya. Saya tahu pekara ini akan berlaku dan saya tidak marah, tidak malu kerana saya di pecat disebabkan berjuang menuntut hak dan keadilan bagi balu-balu dan anak yatim Memali. Biarlah orang lain puas dengan pemecatan saya dan hasratnya nak hidup senang , mewah dan megah di atas perjuangan titisan darah dan nyawa para syuhada.
Saya mengambil sikap berjuang untuk Islam . Perjuangan saya ini boleh diteruskan walau tidak menjadi ahli. Mungkin saya rugi kerana tidak berpeluang untuk menjawat jawatan dalam parti, tak boleh menghadiri sebarang mesyuarat dan mengikuti program anjuran parti. Itu bukan matlamat saya lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang, arah dan hala tuju Pas tidak jelas seperti dahulu. Biarlah saya tawakuf dahulu . Dalam masa yang sama , saya tidak pernah menghasut atau meminta sesiapa dari ahli keluarga hatta isteri-isteri atau yang menyokong saya untuk tinggalkan PAS. Begitu juga dengan anak menantu saya. Saya galakan mereka menjadi ahli PAS, bergiat aktif dalam PAS.
Beberapa minggu saya di pecat, saya di datangi oleh Salehuddin Ayub yang kebetulan ada program dengan pemuda Baling. Dalam berbual itu , dia menasihatkan saya agar membuat rayuan. Saya berjanji akan pertimbangkan dulu, kerana masa yang di beri enam puluh hari. Mengikut hati , seperti dah serik untuk berjuang bersama PAS. Sikap pimpinan PAS kawasan , negeri dan pusat dalam menangani isu Tabung Memali ini , sungguh mengecewakan. Kadang-kadang susah nak percaya , para pemimpin yang bertaraf ulamak, tok guru, ustaz boleh bersikap demikian . Sedangkan masing-masing faham, apa yang sedang menjadi isu sekarang adalah harta anak yatim yang di amanahkan kepada parti.
Bukan seorang, bukan dua orang, bukan sepuluh orang , tapi berpuluh orang. Bapa mereka bukan mati jatuh pokok , lemas di laut , dilanggar kereta atau bunuh diri, tetapi mati mempertahankan maruah agama , maruah parti dan bunuh diri. Mereka bukan digantung, tetapi di tembak dalam medan jihad yang mengalir darah merah , darah mujahid yang memancar cahaya jihad di merata tanah air.
Benar, apa yang di ucapkan oleh Ustaz Fadhil Noor dalam majlis 29 ogos 2000, bahawa tidak ada lagi anak yatim. Mereka telah remaja , dah besar. Paling muda pun berusia 16 tahun . Persoalannya bukan usia , tetapi duit mereka yang masih ada di bawa kemana ?
Bukankah harta anak yatim itu wajib diserahkan kepada mereka setelah mereka cukup usia atau telah boleh mengurus sendiri . Haram diguna untuk apa pun tanpa izin dari mereka . Sepatutnya, apabila sedar mereka sudah cukup usia, terangkan pada mereka jumlah wang setiap dari mereka. Jika ada baki , serahkan pada mereka , jika habis dibelanjakan untuk mereka mungkin ada yang tersalah guna atau tersalah urus. Ini mereka tidak pernah diberitahu berapa sebenar wang mereka, tiba-tiba saja di beritahu habis.
Mustahil para alim ulamak dalam pimpinan PAS lupa akan peringatan Allah dalam ayat 1 dan 2 surah Al-ma'un.
(PETIKAN DARI BUKU AIR MATA DI BUMI MEMALI karangan C.N AL-AFGANI)
"Tahukah engkau orang yang mendustakan agama? Orang itu adalah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak-anak yatim' 107: 1~2.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1223541407787315&set=a.132801050194695.26734.132784973529636&type=1&theater
No comments:
Post a Comment