Tuesday, June 26, 2012

MENANGANI CABARAN BARU ERA GLOBALISASI.



Malaysia sebuah negara yang sudah terkenal di seluruh dunia , apatah lagi sejak berjaya menangani krisis keewangan 1997~1998 dengan cara yang tersendiri.
Namun begitu , dunia kini menjadi semakin mencabar, kemajuan teknologi terutama komunikasi menjadikan dunia semakin dekat antara satu sama lain.
Konsep tidak campurtangan dalam urusan dalaman negara sudah bertukar, termasuk penukaran kerajaan ter
tentu oleh kuasa asing termasuklah mengunakan kekerasan. Apatah lagi setelah kejatuhan blok timur komunis , blok kapitalis mendominasi seluruh dunia dan cuba dengan bersungguh-sungguh untuk memaksa negara lain menurut kehendak mereka.
Oleh itu globalisasi di perkenalkan untuk meneruskan penguasaan mereka ke seluruh dunia. Tampak jelas sekali nafsu mereka untuk menguasai dan menakluki dunia secara langsung atau tidak langsung.
Mereka mula menceroboh dengan alasan untuk keselamatan negara mereka kononnya. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, mereka sebennarnya ialah untuk mengusai dan mengeksploitasi kekayaan negara tersebut.
Hari ini , kita telah lihat , cubaan mereka untuk menguasai kita melalui proksi-proksi dan agen mereka di negara kita. Tangan-tangan ghaib cuba mengkucar-kacirkan negara kita. Dengan pelbagai slogan indah mereka mencanangkan mimpi-mimpi indah untuk rakyat Malaysia.
Malaysia Baru , BERSIH dan sebagainya. Mereka juga mempelopori cara hidup bebas tanpa undng-undang. Seks bebas dianggap sebagai hak asasi manusia. Gejela-gejela sumbang dianggap satu hak yang perlu diberi kepada setiap individu tanpa melihat kesannya. Apakah nilai-nilai yang bercanggah dengan Islam ini akan menjadi budaya baru masyarakat kita? Nampaknya serangan kini bukan lagi dalam bentuk fizikal, tetapi pemikiran dan juga amalan budaya sesuatu bangsa. 

Thursday, June 21, 2012

PEMUDA SELEMPANG MERAH: WHO SPEAK FOR ISLAM...???

PEMUDA SELEMPANG MERAH: WHO SPEAK FOR ISLAM...???: TUN MAHADHIR MOHAMAD:- Soal perpaduan ummah merupakan soal pokok yang amat penting sekali bagi masa hadapan dan survival masyarakat Isla...

WHO SPEAK FOR ISLAM...???


TUN MAHADHIR MOHAMAD:-
Soal perpaduan ummah merupakan soal pokok yang amat penting sekali bagi masa hadapan dan survival masyarakat Islam. Ianya juga merupakan ikatan dan nadi kekuatan ummah. Ada segolongan orang yang berfikir dan menganggapkan bahawa soal perpaduan ini tidak begitu penting. Pada tanggapan mereka, soal perpecahan ummah adalah lumrah alam. Ada setengahnya pula yang sengaja menimbulkan isu-isu tertentu, walaupun mereka tahu ia akan membawa kepada perpecahan umat. Yang diutamakan oleh mereka ini ialah populariti dan sanjungan oleh satu-satu golongan. Tindakan mereka itu amat jelas terkeluar dan lari daripada prinsip-prinsip pokok dan ajaran Islam yang menyuruh kita bersatupadu dan melarang berpecah-belah.

Al-Quran sentiasa menyuruh orang-orang yang beriman supaya bersatupadu dan bersaudara serta melarang dari bermusuh-musuhan dan berpecah-belah. Gesaan Al-Quran ini adalah kerana kesan dan akibat dari perpecahan itu akan menjadikan kita umat yang lemah dan mudah digugat serta diperhinakan oleh orang lain.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa kecemerlangan yang telah dicapai oleh umat Islam di zaman Baginda Rasullullah S.A.W. dahulu adalah disebabkan mereka bersatu dan tidak berpecah-belah. Perpaduan umat Islam ketika itu jelas kelihatan melalui sambutan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh golongan Ansar di Madinah kepada orang-orang Muhajirin yang berhijrah ke kota itu. Perpaduan yang berteraskan pengorbanan, takwa dan iman inilah yang melahirkan suatu umat yang kuat dan teguh, yang dapat membangun dan memperluaskan agama dan negara Islam ketika itu, serta dapat memberi sumbangan yang besar kepada tamadun manusia.


DATO NIK AZIZ :

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sama sekali tidak bersetuju cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Beliau berkata, PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974.

"Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

"Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

"Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau sekali lagi mengulangi analoginya diibarat PAS menolak kereta lama Umno-BN, setelah enjin kereta itu hidup, kereta itu berjalan meninggalkan PAS di belakang yang sudah terpalit asap dan lumpur.

Mengenai deklarasi Perpaduan Nasional yang baru dicetusnya, beliau berkata PAS ada penawarnya bagi menjalin hubungan dengan Umno dengan syarat dasar parti itu ditukar daripada kebangsaan kepada Islam.

"Sekiranya Umno menukar dasarnya dengan persetujuan daripada cawangan dan negeri-negeri kepada Islam maka PAS akan menyokong.

"Tidak ada sebab kita hendak melawan dasar dan perjuangan Islam. Kami melawan sekarang kerana Umno membawa jalan sesat," katanya.

SEKOLAH UNTUK RAKYAT PALESTIN.



Ini merupakan sumbangan yang amat berharga daripada pimpinan kerajaan Malaysia serta rakyatnya kepada rakyat Palestin dan kami sangat menghargai keprihatinan ini," Dr. Mohamad Akram Al-Adlouni Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Institusi Antarabangsa Al-Quds.


Malaysia bersetuju untuk menaja pembinaan sebuah kolej Sains Kesihatan bernilai RM16 juta diInstitut Antarabangsa Al-Quds, Baitulmaqdis. 


Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan komitmennya   dalam  pertemuan dengan delegasi Ahli Majlis   Institut Antarabangsa Al-Quds, di pejabatnya di bangunan Parlimen.


Beliau telah berjanji akan berbincang menngenai pembinaan sekolah itu dengan Kabinet terlebih dahulu.


Pertemuan yang berlansung hampir sejam itu juga turut dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa.



Beliau berkata, pertemuan selama sejam itu amat bermakna kepada kedua-dua belah pihak dan membuktikan Malaysia tetap teguh menyokong pembangunan rakyat di Palestin.
“Pihak kami akan segera menguruskan untuk membawa dekan kolej berkenaan ke Malaysia dan menerima cek tersebut," katanya.
Yayasan Al-Quds adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama dengan Yayasan Al-Quds Antarabangsa, sebuah yayasan antarabangsa bertujuan memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin.


sumber dari utusan :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

KELEBIHAN SOLAT SUBUH




1. Disaksikan Malaikat

Allah swt berfirman, “Dirikanlah solat dari sesudah Matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (al-Isra’:78)

2. Solat subuh akan mendatangkan nikmat berupa boleh melihat wajah Allah yang mulia

Apabila penghuni syurga telah memasuki syurga. Allah berfirman,’Apakah kalian ingin aku beri tambahan ?’ Mereka menjawab,’Bukankan Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankan Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga? Dan Engkau selamatkan kami dari neraka?’ Rasulullah melanjutkan,”Kemudian dibukalah tabir, maka tidak ada lagi nikmat yang lebih besar daripada nikmat boleh melihat Rabb mereka. Inilah nikmat tambahan itu.” Lalu beliau membaca surat Yunus : 26 yang artinya: “Bagi orang-orang yang berbuat baik ada pahala yang terbaik jannah dan tambahannya.” (HR.Muslim)

3. Solat subuh peng ukur keimanan

Orang yang mengaku beriman tidak perlu sulit-sulit mengetahui kadar keimanannya, ia cukup mengukurnya dengan solat subuh untuk mengetahui apakah dirinya termasuk jujur dalam beriman ataukah berdusta, apakah ia beriman di atas keikhlashan ataukah riya.

Rasulullah SAW bersabda: “Solat terberat bagi orang-orang munafik adalah solat isya’ dan subuh. Padahal seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua solat tersebut, tentu mereka akan mendatanginya walaupun harus merangkak .” (HR.Ahmad)

4. Solat subuh menjaga diri seorang muslim

Barang siapa yang melaksanakan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah, maka jangan sampai Allah menarik kembali jaminan-Nya dari kalian dengan sebab apa pun. Karena siapapun yang Allah cabut jaminan-Nya darinya dengan sebab apa pun, pasti akan tercabut. Kemudian Allah akan telungkupkan wajahnya dalam neraka jahannam.” (HR.Muslim)

5. Solat subuh lebih baik daripada dunia seisinya

Dua rakaat solat subuh, lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR.Muslim dan Ahmad)

6. Solat subuh adalah penyelamat dari neraka

Nabi SAW bersabda, “Tidak akan masuk neraka, orang yang melaksanakan solat sebelum matahari terbit dan sebelum tenggelamnya.” (HR.Muslim)

Wednesday, June 20, 2012

ANCAMAN BARU AKIDAH UMAT ISLAM.



Mempertahankan akidah adalah pancang utama dalam Islam.
Islam tertegak umumnya atas tiga pancang. Pancang pertama adalah akidah, yang kedua adalah syariah dan pancang yang ketiga adalah akhlak.
Keistimewaan orang melayu ialah diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci diturunkan dalam bahasa Arab. Dalam keadaan sekarang , semangat yang masih tersisa ini kita perlu gunakan sacara maksima untuk mempertahankan Islam. Bangsa melayu dengan Islam  ada kaitan istimewa dalam perlembagaan Persekutuan.
Pendakwah dan pedagang-pedangang Islan yang  datang dari dunia arab dan India ke Tanah Melayu telah menyebar sekali agama Islam kepada bangsa Melayu. Seterusnya Bangsa Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu. 



Islam sejak dahulu lagi menjadi ancaman kepada kuasa kuffar. Mereka tidak henti-henti cuba memesongkan akidah umat Islam termasuklah di Malaysia. Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang melayu semakin lemah. Islam satu ketika dahulu di hormati kini diganggu gugat dan dihina serta cuba dipesongkan akidah Umatnya. Mereka (kuffar kristian) telah menghantar pastor-pastor ke Malaysia atas tujuan tersebut.
Di Selangor mereka telah menubuhkan satu unit . Unit ini khas untuk menyesat dan memesongkan akidah umat Islam khususnya orang melayu. Mereka in datang dari negar-negara eropah, amerika, Jerman, australia, U.K, Korea, Jepun dan juga yg terdekat Indonesia. Mereka ini cukup terlatih dan profesional.
Malangnya apabila unit ini disekat dari terus bergerak bebas memurtadkan umat Islam, ada pula tangan-tangan  ghaib dari kerajaan Baru negeri Selangor cuba menghalangnya, Sehinggalah membawa kepada pemecatan Dato Hassan Ali. Sungguh mengecewakan , satu kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam , nak menegakkan Negara Islam dan undang-undang hudud tetapi bersekongkol dengan musuh Islam sehingga sanggup memecat seorang pejuang yg ikhlas memperjuangkan Islam. SUNGGUH ISLAM DIHINA OLEH MANUSIA-MANUSIA HIPOKRIT.


MENSYIARKAN ISLAM - MEMPERKASAKAN MELAYU - MENDAULATKAN INSTITUSI RAJA.

Tuesday, June 19, 2012

HIJRAH ADALAH PERINTAH ALLAH , BUKAN KERANA KUASA.



Benarkah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah kerana berhendakkan kuasa seperti yang PAS dakyahkan kepada Umat Islam demi kelansungan politik mereka ?
Sungguh berani mereka berbohong dan memutar belitkan fakta sejarah dan sirah demi sekeping undi. 


HIJRAH berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan satu tempat ke tempat yang lain. Hijrah Rasulullah adalah meninggalkan Kota Mekah dan berpindah ke Madinah demi mengikut PERINTAH ALLAH.
Peristiwa Hijrah Rasulullah dan para sahabatnya adalah dengan perintah Allah, bukan kehendak mereka sendiri. Hijrah berlaku dalam bentuk peristiwa yang digabungkan antara pelindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Memang Rasulullah mendapat pelindungan Allah, namun begitu perit getir menempuh segala rintangan dalam berhijrah tetap baginda rasai bersama.
Hanya selepas mendapat perintah dari Allah , Barulah Nabi SAW berhijrah ke Yathrib bersama Abu bakar Assiddiq dan seorang penunjuk jalan. Beliau bersembunyi di gua thur selama 3 hari, makan dan minum dihantar oleh Asma binti Abu Bakar. Dan selepas itu meneruskan perjalanan sehingga ke Quba pada 12 rabiul awal lalu mendirikan masjid di sana. Iaitu masjid yang pertama di dirikan di muka bumi.

Itu serba ringkas tentang peristiwa Hijrah. Semoga umat Islam tidak terperdaya dengan tipu daya sekumpulan manusia yang cuba memesongkan sirah nabi SAW. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah.
Wallahualam.

ANWAR IBRAHIM TENTU MAMPU BERI PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA PELAJAR DENGAN WANG SEBANYAK 3 BILION.


Pendedahan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan adalah benar.


Setelah didesak oleh pelabagai pihak supaya tampil membuat pejelasan, beliau akhirnya akur menjelaskan pekara sebenar. Beliau memang ada membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Maka kenyataan Umi Hafilda  tentang kekayaan Anwar Ibrahim , abangnya Azmin Ali dan kakak iparnya ada kebenarannya. Kekayaan luar biasa Azmin yang bergaji RM 2442 sebulan dan Syamsidar yang menjadi suri rumah tetapi mempunyai eset jutaan ringgit tidak pernah sikit pun disentuh oleh pakatan pembangkang, sedangkan di pihak kerajaan merekalah yang selalu menjadi jagoan yang meminta PM dan TPM mengistiharkan harta.


Kita sendiri hairan , untuk apa Syamsidar disediakan gaji yang lumayan , kereta yang siap dengan pemandu sedangkan dia tidak perlu ke tempat kerja. Kemana agaknya pemandu tu nak bawa syamsidar...???
Apa kerja yang syamsidar buat...???
Bertuahnya badan, sedangkan Masih ramai rakyat Malaysia yang miskin dan hidup susah, ada individu tertentu tak sayang duit memberi "sedekah"  yang keterlaluan kepada serang wanita yang mempunyai suami untuk menanggungnya.


Rasanya tentu tidak susah bagi ketua pembangkang yang rancak mencanangkan "PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA IPTA /IPTS" untuk memberi sedikit sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berhutang dengan PTPTN.
Rasanya duit 3 bilion tu mampu untuk menampung sekurang-kurangnya pelajar di 5 buah universiti tempatan.


           JOM KITA MINTA ANWAR IBRAHIM LANGSAIKAN HUTANG PTPTN....!!!!

Thursday, June 14, 2012

ISLAM DI PERSENDA . SALAH UMNO LAGI...???



Assalamualaikum:


FIRMAN ALLAH:-
“Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban. Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)”.

(Surah Al-Haj: 27-29)

Kewajipan Menunaikan ibadah haji iaitu rukun Islam ke 5 jauh lebih penting dan lebih utama berbanding "ibadat undi PAS".
Mentaati perintah Allah dalam menunaikan ibadah haji lebih patut diutamakan dari mentaati pemimpin-pemimpin yang gila kuasa.
Hari ini, belum ada apa-apa lagi pengumuman kerajaan tentang tarikh pilihanraya, PAS dah mula membuat kenyataan yang mendahulukan parti dari Islam. Mereka lebih takut hilang kuasa di dunia dari takut kepada azab Allah diakhirat. Inilah tarbiah terbaru PAS kepada ahli2nya. Tidak hairanlah makin lama makin terpisahnya PAS dari agenda Islamnya.
Oleh itu , ahli PAS usahlah bermimpi akan tertegaknya Negara Islam yg PAS dok canang-canang selalu. Berangan  ajelah atas pokok merenung bulan tak kunjung jatuh ke riba. Islam diperalat untuk mendapatkan undi. Sehingga sanggup memperkecilkan rukun Islam. PSM yakin, ahli PAS akan patuh pada ajaran pemimpin-pemimpin mereka.
Ketaatan Wala tahap gila ini dah lama bersarang dalam kepala ahli-ahli tegarnya. 
Semoga Umat Islam tidak terpengaruh dengan dakyah songsang mereka ini.


MENSYIARKAN ISLAM, MEMPERKASAKAN MELAYU , MENDAULATKAN INSTITUSI RAJA.