Tuesday, June 19, 2012

HIJRAH ADALAH PERINTAH ALLAH , BUKAN KERANA KUASA.



Benarkah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah kerana berhendakkan kuasa seperti yang PAS dakyahkan kepada Umat Islam demi kelansungan politik mereka ?
Sungguh berani mereka berbohong dan memutar belitkan fakta sejarah dan sirah demi sekeping undi. 


HIJRAH berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan satu tempat ke tempat yang lain. Hijrah Rasulullah adalah meninggalkan Kota Mekah dan berpindah ke Madinah demi mengikut PERINTAH ALLAH.
Peristiwa Hijrah Rasulullah dan para sahabatnya adalah dengan perintah Allah, bukan kehendak mereka sendiri. Hijrah berlaku dalam bentuk peristiwa yang digabungkan antara pelindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Memang Rasulullah mendapat pelindungan Allah, namun begitu perit getir menempuh segala rintangan dalam berhijrah tetap baginda rasai bersama.
Hanya selepas mendapat perintah dari Allah , Barulah Nabi SAW berhijrah ke Yathrib bersama Abu bakar Assiddiq dan seorang penunjuk jalan. Beliau bersembunyi di gua thur selama 3 hari, makan dan minum dihantar oleh Asma binti Abu Bakar. Dan selepas itu meneruskan perjalanan sehingga ke Quba pada 12 rabiul awal lalu mendirikan masjid di sana. Iaitu masjid yang pertama di dirikan di muka bumi.

Itu serba ringkas tentang peristiwa Hijrah. Semoga umat Islam tidak terperdaya dengan tipu daya sekumpulan manusia yang cuba memesongkan sirah nabi SAW. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment