Tuesday, June 26, 2012

MENANGANI CABARAN BARU ERA GLOBALISASI.



Malaysia sebuah negara yang sudah terkenal di seluruh dunia , apatah lagi sejak berjaya menangani krisis keewangan 1997~1998 dengan cara yang tersendiri.
Namun begitu , dunia kini menjadi semakin mencabar, kemajuan teknologi terutama komunikasi menjadikan dunia semakin dekat antara satu sama lain.
Konsep tidak campurtangan dalam urusan dalaman negara sudah bertukar, termasuk penukaran kerajaan ter
tentu oleh kuasa asing termasuklah mengunakan kekerasan. Apatah lagi setelah kejatuhan blok timur komunis , blok kapitalis mendominasi seluruh dunia dan cuba dengan bersungguh-sungguh untuk memaksa negara lain menurut kehendak mereka.
Oleh itu globalisasi di perkenalkan untuk meneruskan penguasaan mereka ke seluruh dunia. Tampak jelas sekali nafsu mereka untuk menguasai dan menakluki dunia secara langsung atau tidak langsung.
Mereka mula menceroboh dengan alasan untuk keselamatan negara mereka kononnya. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, mereka sebennarnya ialah untuk mengusai dan mengeksploitasi kekayaan negara tersebut.
Hari ini , kita telah lihat , cubaan mereka untuk menguasai kita melalui proksi-proksi dan agen mereka di negara kita. Tangan-tangan ghaib cuba mengkucar-kacirkan negara kita. Dengan pelbagai slogan indah mereka mencanangkan mimpi-mimpi indah untuk rakyat Malaysia.
Malaysia Baru , BERSIH dan sebagainya. Mereka juga mempelopori cara hidup bebas tanpa undng-undang. Seks bebas dianggap sebagai hak asasi manusia. Gejela-gejela sumbang dianggap satu hak yang perlu diberi kepada setiap individu tanpa melihat kesannya. Apakah nilai-nilai yang bercanggah dengan Islam ini akan menjadi budaya baru masyarakat kita? Nampaknya serangan kini bukan lagi dalam bentuk fizikal, tetapi pemikiran dan juga amalan budaya sesuatu bangsa. 

No comments:

Post a Comment