Wednesday, June 20, 2012

ANCAMAN BARU AKIDAH UMAT ISLAM.



Mempertahankan akidah adalah pancang utama dalam Islam.
Islam tertegak umumnya atas tiga pancang. Pancang pertama adalah akidah, yang kedua adalah syariah dan pancang yang ketiga adalah akhlak.
Keistimewaan orang melayu ialah diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci diturunkan dalam bahasa Arab. Dalam keadaan sekarang , semangat yang masih tersisa ini kita perlu gunakan sacara maksima untuk mempertahankan Islam. Bangsa melayu dengan Islam  ada kaitan istimewa dalam perlembagaan Persekutuan.
Pendakwah dan pedagang-pedangang Islan yang  datang dari dunia arab dan India ke Tanah Melayu telah menyebar sekali agama Islam kepada bangsa Melayu. Seterusnya Bangsa Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu. 



Islam sejak dahulu lagi menjadi ancaman kepada kuasa kuffar. Mereka tidak henti-henti cuba memesongkan akidah umat Islam termasuklah di Malaysia. Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang melayu semakin lemah. Islam satu ketika dahulu di hormati kini diganggu gugat dan dihina serta cuba dipesongkan akidah Umatnya. Mereka (kuffar kristian) telah menghantar pastor-pastor ke Malaysia atas tujuan tersebut.
Di Selangor mereka telah menubuhkan satu unit . Unit ini khas untuk menyesat dan memesongkan akidah umat Islam khususnya orang melayu. Mereka in datang dari negar-negara eropah, amerika, Jerman, australia, U.K, Korea, Jepun dan juga yg terdekat Indonesia. Mereka ini cukup terlatih dan profesional.
Malangnya apabila unit ini disekat dari terus bergerak bebas memurtadkan umat Islam, ada pula tangan-tangan  ghaib dari kerajaan Baru negeri Selangor cuba menghalangnya, Sehinggalah membawa kepada pemecatan Dato Hassan Ali. Sungguh mengecewakan , satu kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam , nak menegakkan Negara Islam dan undang-undang hudud tetapi bersekongkol dengan musuh Islam sehingga sanggup memecat seorang pejuang yg ikhlas memperjuangkan Islam. SUNGGUH ISLAM DIHINA OLEH MANUSIA-MANUSIA HIPOKRIT.


MENSYIARKAN ISLAM - MEMPERKASAKAN MELAYU - MENDAULATKAN INSTITUSI RAJA.

No comments:

Post a Comment