Thursday, June 21, 2012

SEKOLAH UNTUK RAKYAT PALESTIN.



Ini merupakan sumbangan yang amat berharga daripada pimpinan kerajaan Malaysia serta rakyatnya kepada rakyat Palestin dan kami sangat menghargai keprihatinan ini," Dr. Mohamad Akram Al-Adlouni Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Institusi Antarabangsa Al-Quds.


Malaysia bersetuju untuk menaja pembinaan sebuah kolej Sains Kesihatan bernilai RM16 juta diInstitut Antarabangsa Al-Quds, Baitulmaqdis. 


Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan komitmennya   dalam  pertemuan dengan delegasi Ahli Majlis   Institut Antarabangsa Al-Quds, di pejabatnya di bangunan Parlimen.


Beliau telah berjanji akan berbincang menngenai pembinaan sekolah itu dengan Kabinet terlebih dahulu.


Pertemuan yang berlansung hampir sejam itu juga turut dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa.



Beliau berkata, pertemuan selama sejam itu amat bermakna kepada kedua-dua belah pihak dan membuktikan Malaysia tetap teguh menyokong pembangunan rakyat di Palestin.
“Pihak kami akan segera menguruskan untuk membawa dekan kolej berkenaan ke Malaysia dan menerima cek tersebut," katanya.
Yayasan Al-Quds adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama dengan Yayasan Al-Quds Antarabangsa, sebuah yayasan antarabangsa bertujuan memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin.


sumber dari utusan :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm