Friday, December 13, 2013

HONG LEONG BANK GANTUNG 45 PEKERJA...???

HONG LEONG BANK GANTUNG 45 PEKERJA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PEKAK, BISU DAN BUTA!

Pada 19 November 2013, semasa pertemuan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Kementerian Sumber Manusia bersama NUBE dan Hong Leong Bank, pihak JPP telah menasihatkan kedua-dua pihak Bank dan NUBE agar mengekalkan status quo dalam operasi pengehaban dan penempatan semula yang dilakukan bank sementara kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan .

Kedua-dua pihak telah pun bersetuju. Walau bagaimanapun, keesokannya pada 20 November 2013 pula, Hong Leong Bank kembali bersikap zalim.

Pekerja telah dilarang memasuki premis bank, dilarang menandatangani kehadiran, malah dilarang menggunakan tandas dan melaksanakan solat.

Tatkala Hong Leong Bank begitu angkuh melakukan kezaliman ini, pihak JPP pula terus buat-buat pekak, bisu dan buta.

Dalam pertemuan berikutnya antara JPP, NUBE dan Hong Leong Bank pada 4 Disember 2013, pihak JPP didapati terang-terangan tidak menjalankan tanggungjawabnya. Jabatan kerajaan dilihat tidak kompeten berhubung kekejaman yang dilakukan terhadap 45 orang pekerja. JPP seolah-olah tidak dapat melihat pelbagai kesalahan bank dan tidak mempunyai pengetahuan tentang pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan. JPP hanya memainkan peranan sebagai "utusan yang di bayar tinggi" dan menuruti rentak Hong Leong Bank bagi merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Perusahaan.

Inilah yang dikatakan sebagai, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Dalam pada itu, Hong Leong Bank terus melanggar hak asasi manusia apabila mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada 45 pekerja yang terlibat serta enggan melanjutkan tempoh bagi menjawab surat Tunjuk Sebab tersebut. Akhirnya pada 9 Disember 2013, kesemua 45 orang pekerja ini digantung kerja "tanpa gaji".

Mereka digantung tanpa gaji sehingga 11 Disember 2013. Jika mereka tidak melaporkan diri untuk bekerja pada 12 Disember 2013 ke lokasi baru, 45 orang pekerja ini akan dibuang kerja.

Jadi, soalan cepu emas adalah, “Apakah sebenarnya peranan Kerajaan Malaysia”?

J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG

*************************************************************************

Hong Leong Bank suspends 45 workers;
Ministry of Human Resources turns deaf, dumb and blind!

On 19 November 2013, the Industrial Relations Department (IRD), Ministry of Human Resources at the meeting between NUBE, Hong Leong Bank and the IRD, the Department advised both Hong Leong Bank and NUBE to maintain status quo on the hubbing and relocation pending reference to the Industrial Court.

Both parties agreed. However, on 20 November 2013, just a day later, Hong Leong Bank was back to committing its atrocities.

Workers were denied access to the bank’s premises, to sign their attendance, to even use the toilet and to even perform the “solat” (for Muslim brother/sisters).

Whilst Hong Leong Bank was so arrogantly committing these atrocities, the IRD, Ministry of Human Resources becomes deaf, dumb and blind to these atrocities.

In the meeting between NUBE, Hong Leong Bank and the IRD, Ministry of Human Resources on 4 December 2013 the Department played truant. The Department seemed to be incompetent to accessing the damage done to the 45 workers. The Department was not able to decipher the various breaches and did not possess the knowledge on the violation of human rights committed. The Department merely played the role of a “messenger” and sang along with the wishes of Hong Leong Bank to refer the matter to the Industrial Court.

In the meantime, Hong Leong Bank proceeds violate basic human rights, issues Show Cause letters to the 45 workers, refused extension of time for the 45 workers to reply the Show Cause letter and finally on 9 December 2013 has suspended “without pay” all 45 workers.

They are suspended without pay till 11 December 2013. If they do not report to work to the new locations on 12 December 2013, the 45 workers will face summary dismissal.

So, we need to ask ourselves what is the role of the Government of Malaysia?

J SOLOMON
GENERAL SECRETARY