Wednesday, April 11, 2018

ROKET,BUNGA TERKORBAN ATAU DI KORBANKAN ?





Keputusan Gabungan Pembangkang PKR untuk menggunakan logo tunggal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terus menimbulkan persoalan.

Terutamanya bagi DAP, keputusan mereka untuk ‘mengorbankan’ logo roket yang menjadi identiti mereka sekian lama cukup meragukan memandangkan mereka tidak pernah mengambil tindakan sedemikian sebelum ini, termasuklah ketika bersama Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dahulu.


Adakah keputusan ini diambil setelah menilai hasil kajian oleh Institut Kajian Asia Tenggara-Institut Yusof Ishak pada tahun lalu yang menunjukkan hanya lima peratus pengundi Melayu di Johor yang menyokong mereka?

Mengulas perkara tersebut, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad berkata, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan DAP mengambil keputusan tersebut.

Kemungkinan pertama, menurut beliau, adalah sebagai perangkap untuk mengaburi pandangan pengundi Melayu yang sebahagiannya ‘fobia’ dengan logo roket DAP yang sangat sinonim dengan konsep Malaysian Malaysia yang ditolak oleh pengundi Melayu.

“Kedua, mungkin DAP menyedari bahawa penggunaan logo roket tidak selamat untuk mereka melihat kepada persepsi negatif orang Melayu terhadap logo tersebut.

“Ketiga, ini mungkin taktik untuk membersihkan imej mereka yang selama ini didakwa sebagai tidak pro-Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ruhanie berharap supaya pengundi Melayu di negara ini menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memilih parti terbaik dalam PRU-14 ini.

“Pastikan pilihan kita adalah yang terbaik untuk menjamin keselamatan politik dan sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera selaku bangsa teras di negara ini,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment