Kita sedia maklum kaedah pembangkang di Malaysia ini, mereka suka menyebut atau mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan implikasi terhadap kenyataan tersebut,atau kita boleh katakan mereka menyebut secara hentam keromo. Sedangkan apa yang mereka katakan itu ditulis dan disebarkan oleh akhbar di Malaysia mahupun di luar negara.
Malangnya selepas mereka mengeluarkan kenyataan tersebut barulah terkial-kial nak memperbetulkan semula.
Contoh seperti kata Tun Mahathir satu ketika dahulu kononnya ingin menghapuskan BR1M, tetapi apabila menyedari bahawa kenyataan itu bakal merugikan Pakatan Pembangkang, mulalah mereka kelam kabut untuk memperbetulkan keadaan.
Inilah jadinya cakap-cakap orang yang tidak mahu menggunakan otak, kata orang sekarang "Tak ada Akai". Sendiri gali lubang kubur.
Begitu juga dengan hasrat Pakatan yang diketuai DAP ini kononnya ingin memansuhkan cukai GST tanpa mengkaji natijah dan kesan kepada tindakan tersebut. Memanglah senang kalau cakap untuk sedapkan hati rakyat sahaja tanpa memikirkan implikasi terhadap kenyataan tersebut.
Kenyataan tidak cerdik ini bukan sahaja menjadi perbualan dikalangan rakyat, bahkan badan dunia juga mengambil serius dari kenyataan tersebut. sudah tentulah kerana ini melibatkan hubungan dagangan, hutang dan perbelanjaan kerajaan.
Bank Dunia mempersoalkan bagaimana Pakatan Harapan akan mendapatkan sumber ekonomi untuk perbelanjaan negara andai GST dimansuhkan ? Bagi kumpulan Bank Dunia Faris H Hadad-Zervos, ekonomi negara bakal mengalami kesan negatif dalam masa jangka panjang jika GST dihapuskan. Kerajaan akan kehilangan hasil pendapatan yang banyak jika ia dilaksanakan.
Justeru itu pembangkang Pakatan DAP perlu menjawab persoalan ini kepada dunia dan rakyat Malaysia bagaimana mereka ingin menguruskan negara tanpa pendapatan dari GST.
Untuk pengetahuan, negara memperolehi RM45 bilion melalui kutipan GST pada tahun lalu. Bukan sedikit RM45 bilion ini, banyak perbelanjaan dapat diuruskan hasil dari cukai GST ini. Antaranya pemberian BR1M. Rakyat yang dapat BR1M lewat sikit pun melalak sampai mengugut tak nak undi BN. Ini pula Pakatan kata nak hapuskan GST yang memberi pulangan sebanyak RM45 bilion pada tahun lalu. Sanggup ke pembangkang nak kena caci maki dengan rakyat kerana tindakan bodoh mereka ini ?
Inilah mentaliti pembangkang, cakap tanpa berfikir dahulu. Mana mereka nak korek duit untuk mentadbir negara jika cukai GST dimansuhkan ? Takkan nak berharap kepada komoditi sahaja sedangkan harga komoditi dipasaran dunia sekejap naik, sekejap turun.
Oleh kerana tak reti nak jawab, Tony Phua memberi cadangan untuk mengurangkan lebih sepruh dari penjawat awam di seluruh negara untuk mengurangkan kos pengurusan negara. Adakah idea ini bijak ?
Siapa mahu memilih kerajaan yang akan membuang mereka dari pekerjaan ? Bodoh lah manusia yang memilih kerajaan yang akan memecat mereka. Memang orang tak berakal saja yang akan buat tindakan ini.
Ini semua janji-janji populis untuk mendapat undi dari rakyat. Mereka dahulu yang memburuk-burukkan cukai GST sehingga rakyat merasakan GST itu membebankan, hari ini barulah mereka sedar tanpa GST rakyat dan kerajaan akan lebih terbeban.
Bagaimana mereka nak ambil alih kerajaan tanpa ada pendapatan yang akan memacu ekonomi negara. Mererka kini tersepit dengan tindakan bodoh mereka sendiri. Manifesto yang menolak GST sebenarnya akan menghancurkan mereka sendiri.
Negara akan menjadi seperti negara Greece dan Itali yang mengalami belanjawan defisit yang terlalu teruk sehingga tidak mampu membayar hutang.
Cara yang boleh mereka buat ialah terus menipu rakyat agar percaya mereka akan menghapuskan GST sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian andai berjaya menguasai kerajaan kelak.
Percayalah ...mereka hanya ingin meraih undi.
No comments:
Post a Comment