Sunday, March 19, 2017

UEC BINCANG TANPA PREJUDIS DAN SENTIMEN PERKAUMAN



Seperti yang saya katakan sebelum ini, sebarang berita yang disebarkan perlu kita teliti kebenarannya, sabar memahaminya dan tenang berhadapan dengannya. Seperti biasa admin cukup sabar dan tenang menunggu maklum balas daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.


Begitu juga dengan kekecohan baru-baru ini berkenaan ada suara-suara yang begitu keras menentang UEC. Khabarnya UEC bakal diiktiraf oleh kerajaan. Setahu saya UEC telah pun boleh digunakan untuk masuk ke universiti swasta, UEC juga boleh digunakan untuk masuk ke Maktab Perguruan. Lulusan SPM yang memiliki sijil UEC dan memenuhi syarat ditetapkan untuk mengikuti pengajian Bahasa Cina di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).


Yang tak boleh ialah untuk masuk ke IPTA dan Perkhidmatan Awam. Ini kerana sijil UEC ini masih ada perkara-perkara yang tak selari dengan dasar Pelajaran Kebangsaan terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Silibus Bahasa Melayu UEC masih tidak setaraf dengan Silibus Bahasa Melayu dalam SPM Kementerian Pelajaran.


Mata pelajaran Sejarah juga tidak selari dengan mata pelajaran sejarah kurikulum di bawah Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ini yang menjadi punca UEC tidak lagi boleh diiktiraf untuk masuk ke IPTA dan Perkhidmatan Awam.


Memang isu ini agak rumit, memerlukan pembincangan diantara kedua-dua pihak. Saya yakin jika kita bersikap rasional dalam menjelaskan permasalahan dalam UEC, pihak sebelah sana akan memahami keikhlasan kita.

Admin akan terus memerhati dan bersabar menunggu perkara ini dibincang dan dibahaskan tanpa prejudis dan sentimen perkauman.

No comments:

Post a Comment