Saturday, December 16, 2017

GUAN ENG TAKUT SERAH PENYATAAN PEMBELAAN ?








Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan TERTUDUH, Joseph Lim Guan Eng yang didakwa mela­kukan kesalahan itu semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar pada 18 Julai 2014 menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pendakwaan sebelum perbicaraan bermula kerana menuurt Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mensyaratkan tertuduh  berbuat demikian adalah  tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon tidak perlu takut atau risau jika mereka tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan. Silaah  serahkan  pernya­taan pembelaan kepada pendakwaan sebelum perbicaraan kes rasuah mereka didengar di Mahkamah Tinggi.

Ini merupakan keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed ketika membenarkan rayuan SPRM ketika bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan.


Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Md Raus yang mejelaskan Seksyen 62 yang dibaca bersama Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah adalah tidak bercanggah dengan Perkara 5(1) berkaitan kebebasan diri dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutaan yang menyentuh hak untuk dilindungi undang-undang secara sama-rata.

Seksyen 62 tidak menghalang tertuduh pada mana-mana peringkat perbi­caraan untuk menyerahkan kepada pihak pendakwaan dokumen tambahan yang akan dikemukakan sebagai bukti keterangan dalam kes pembelaan serta perkara-perkara yang menjadi isu dalam pertuduhan yang dihadapinya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim menghadapi pertuduahan kedua iaitu menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai, 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang beliau dakwa beliau tahu tidak sepadan dengan nilai pasaran hartanah berkenaan ketika itu iaitu RM4.27 juta.

Pertuduhan mengikut Sekseyn 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Phang mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama.


Sehubungan itu, panel berke­naan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada kedua-dua tertuduh dan menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi pengurusan kes.


Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan jawatan bagi mendapatkan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Tuduhan pertama, beliau selaku penjawat awam, iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa mendapatkan suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran tanah pertanian kepada perumahan awam di daerah barat daya negeri itu kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.



Tuduhan kedua, Guan Eng sebagai penjawat awam dituduh mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan banglo di alamat No. 25, Jalan Pinhorn pada harga yang diketahuinya tidak sepadan dengan nilainya, daripada Li Koon pada harga RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta di kediaman tersebut pada 28 Julai 2015.

Sebagai bekas pemilik banglo itu, Li Koon didakwa bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan banglo berkenaan di bawah harga pasaran di tempat dan pada tarikh yang sama.


No comments:

Post a Comment