Friday, December 15, 2017

PEMBANGKANG GERUN DENGAN PANGLIMA UMNO



Kem Pembangkang Panas ! Panas dengan serangan bertalu-talu Penerangan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa. Sesi penerangan yang dibuat oleh Tan Sri dan Penerangan UMNO sememangnya telah mengugat segala fitnah mereka. Ini kerana segala persoalan dan fitnah yang mereka lontarkan semuanya dijawab dengan tuntas penuh fakta.

Bahkan ada parti pembangkang yang menghantar wakil-wakil mereka untuk menimbulkan provokasi dengan membuat soalan-soalan berkenaan isu 1MDB turut dijadikan "lauk" oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia tersebut. 

Justeru itu DAP mula melancarkan serangan peribadi mereka jentera paling ampuh UMNO iaitu Tan Sri Annuar Musa. Perkara ini sudah dijangkakan. Pakatan DAP memang tidak boleh berdepan dengan kekalahan, mereka akan menjadi trauma tidur tak lena. 

Senjata DAP apa lagi kalau bukan fitnah dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin UMNO. Serangan fitnah mereka kali ini kononnya konsistennya serangan TSAM kepada DAP adalah inginkan semula jawatannya dalam MARA, iaitu mahukan semula kerusi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA). 

Mereka sudah tunggu lama nak menjerat, nampaknya bila keputusan pendakwa raya yang memutuskan bahawa tidak akan membuat apa-apa dakwaan terhadap TSAM berkenaan isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan, maka jarum fitnah mereka mula disebarkan kononnya SPRM seolah-olah di kawal oleh pemimpin UMNO. 

Macam-macam cara kotor yang mereka gunakan untuk menjatuhkan panglima UMNO ini termasuklah mengitar semula cerita lama krisis beliau dengan Sultan Kelantan satu masa dulu. Ini gara-gara Tan Sri Annuar mengkritik tindakan Tun Mahathir memulangkan darjah kebesaran Sultan Selangor sebagai mencabar serta membangkit kebencian rakayat terhadap Sultan dan Institusi DiRaja Melayu. 

Pada beliau tindakan Tun Mahathir memulangkan semula anugerah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan tindakan yang cuba menimbulkan kebencian rakyat terhadap institusi raja-raja Melayu. Begitulah angkuh dan biadapnya Tun Mahathir kepada seorang sultan. 

Tentu DAP hari ini pemimpin DAP tersenyum gembira melihat persengkataan ini. Mereka sudah pasti akan menggunakan isu ini sebagai peluang untuk membangkitkan sentimen rakyat agar membenci Raja-raja Melayu. Sepertimana yang kita ketahui bahawa DAP sememangnya jenis manusia biadap dan tidak pernah hormat kepada raja-raja Melayu. Sudah tentulah mereka agak mengunakan Tun Mahathir bagi merealsasi niat mereka untuk menambah kebencian rakyat kepada institusi raja-raja Melayu.

Tak hairan jika cuba membangkitkan lagi kisah lama membabitkan Tan Sri Annuar dengan istana Kelantan pada tahun 90an dulu.  Pda waktu itu beliau merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan manakala Tun Mahathir ketika itu adalah Pengerusi Perhubungannya yang dikatakan cuba melantik Tengku Tan Sri Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan.

Sememangnya isu yang ada penglibatan Tan Sri Annuar Musa dengan istana Kelantan sengaja disegarkan semula oleh pembangkang bagi menyemaikan lagi benih-benih kebencian rakyat kepada panglima UMNO seperti TSAM. Ia sengaja dibuat agar rakyat terlupa atau teralih pandangan kepada kebiadapan Tun Mahathir terhadap Sultan Selangor yang menjadi kemarahan rakyat Selangor ketika ini. 

Bukan sekali kebiadapan Mahathir ini terhadap istana, rakyat Kelantan tidak lupa tentang kebiadapan Mahathir kepada istana Kelantan yang menjadikan Tan Sri Annuar yang ketika itu seorang yang cukup kuat menyokongnya sebagai kambing hitam.

Inilah merupakan pengajaran yang sangat berguna bukan sahaja ke Tan Sri Annuar Musa tetapi kepada semua penyokong dan pendokongnya setianya kini bahawa Mahathir sanggup mengorbankan mereka demi kepentingan politiknya. Kenalilah Mahathir dan belajarlah dari mereka yang pernah menjadi mangsa rakus politiknya demi menyelamat tahta politiknya. 

No comments:

Post a Comment