Tuesday, July 4, 2017

SETIAKAWAN MCA - BERI SOKONGAN PENUH KEPADA MP SABAK BERNAM DATUK MOHD FASIAH





Sikap setiakawan sejati yang ditunjukkan oleh MCA Bahagian Sabak Bernam wajar dipuji dan menjadi contoh solidariti Barisan Nasional. Sokongan terbuka dan kerja keras MCA Sabak Bernam untuk menarik kaum cina di kawasan tersebut kembali menyokong Barisan Nasional menunjukkan betapa semangat perpaduan dan setiakawan yang dipupuk selama ini memberi kesan yang baik kepada rakyat.

Justeru itu,MCA Bahagian Sabak Bernam tanpa berbelah bagi melahirkan sokongan terbukanya kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh agar terus kekal menjadi calon bagi mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Sokongan tersebut dibuat berdasarkan gerak kerja Ahli Parlimen itu yang berkerja keras memberi komitmentnya kepada pengundi-pengundi sejak memenangi kerusi tersebut pada 2013. Melihat kepada senario keadaan sekarang, ramai penduduk terutama kaum Cina sangat selesa dan gembira dengan ahli parlimen tersebut. Oleh itu tidak dapat disangkal lagi bahawa penduduk Sabak Bernam sememangnya mahu wakil Barisan Nasional Datuk Mohd Fasiah sebagai wakil rakyat mereka disini dan MCA Sabak Bernam menyokong penuh kepimpinan beliau.
 

MCA bahagian membuat cadangan agar Mohd. Fasiah terus kekal sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRU-14. Apa yang di usul oleh MCA bahagian nampaknya disokong sebulat suara oleh semua 29 cawangan MCA Sabak Bernam dalam msyuarat tersebut.




Ini kerana MCA melihat Mohd. Fasiah mempunyai prestasi yang amat baik dan melihat sendiri betapa beliau berkerja keras dan paling penting rakyat termasuk pengundi Cina amat menyenangi beliau. Ia merupakan satu bonus untuk rakyat  di Sabak Bernam ini.

Pada Mohd Fasiah, beliau sangat berterima kasih kepada MCA bahagian yang memberikan sokongan padu kepadanya untuk dicalonkan pada PRU-14. Namun beliau menegaskan segala keputusan perlulah diserahkanlah kepada pucuk pimpinan tertinggi BN terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar untuk membuat keputusan.

"Yang paling penting sebenarnya kita hendak melihat BN menang. Terpulanglah kepada pucuk pimpinan menentukan siapakah yang layak dan seharusnya untuk menjadi calon BN," katanya. -