Tuesday, July 4, 2017

PENIPUAN PEMILIHAN CEC ADALAH BERPUNCA DARI SALAH UMNO ?




Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu bertanggungjawab berhubung masalah yang dihadapi parti tersebut de­ngan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan berhenti mencipta kebencian serta menyalahkan orang lain terutamanya UMNO.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sa­riffuddin Tengku Ahmad berkata, perlu diingati yang memfailkan laporan kepada ROS berhubung penyelewengan dan layanan tidak adil dalam pemilihan parti tersebut ialah ahli DAP sendiri.

Jelas beliau, jika mereka tidak dilayan sedemikian rupa sudah pasti laporan berkenaan akan ditarik semula.


“Hakikat yang perlu diterima adalah Kit Siang secara tidak langsung telah mengesahkan pemilihan parti pada 2012 tidak adil sebelum pemilihan semula dijalankan pada 2013. Beliau juga telah menyebabkan 753 perwakilan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pemilihan parti iaitu satu kesalahan serius dalam hak demokrasi mereka.

“Beliau jugalah yang telah menganiaya 865 cawangan DAP, jadi, kenapa sekarang be­liau menyalahkan UMNO dan ROS berusaha untuk memanipulasi pemilihan parti DAP yang nyata memihak kepada keluarganya?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Tengku Sariffuddin berkata, DAP perlu menyedari bahawa ROS tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu berikutan aduan yang difailkan oleh ahlinya bahawa kepemimpinan DAP mengadakan pemilihan secara tidak adil dan tidak demokratik.



Ujarnya, memandangkan perkara tersebut masih belum diselesaikan, masa depan anak Kit Siang iaitu Penang Offial 1 (Lim Guan Eng) juga masih diragui.



Jelas beliau lagi, hal ini kerana selain daripada dakwaan rasuah yang didepaninya, pemilihan CEC yang melantik beliau sebagai Setiausaha Agong adalah tidak sah, selain penggunaan logo roket untuk DAP turut menjadi tanda tanya.


“Ini adalah masalah serius bagi DAP, namun semuanya ini direka sendiri oleh diktator setengah abad mereka.


“Beliau mendakwa percaya kepada demokrasi tetapi apabila diberikan kuasa seorang diktator, tidak mampu mengelak daripada mempamerkan sikap sebenarnya. Inilah masa depan rakyat jika pembangkang yang diketuai oleh DAP memiliki kuasa di Malaysia,” katanya.


No comments:

Post a Comment