Sunday, July 9, 2017

RAFIZI CUBA MEMPERDAYA PEMANDU TEKSI





Adalah cukup kelakar apabila tiba-tiba melihat ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli begitu mengambil berat pemandu-pemandu teksi ini. Selama ini ketika pemandu teksi ditindas oleh pengusaha dimana Rafizi ? Ketika pemandu teksi bergelut dengan pelbagai masalah, dimana Rafizi ?

Lupakan rakyat apa yang telah dilakukan oleh Rafizi, berapa ramai yang ditipu Rafizi. Kes Tabung Haji, berapa ramai yang keluarkan deposit mereka dalam Tabung Haji sehingga terlepas untuk melakukan haji pada tahun itu.

Tiba-tiba hari ini Rafizi hendak membela nasib pemandu teksi ? Boleh jadi kerana Rafizi nampak pemandu teksi ni boleh diperkotak katikan oleh Rafizi. Mudah digulakan dengan janji-janji palsu yang indah.

Penulis beranggapan bahawa Rafizi melihat kepaada jumlah pemandu teksi seluruh Malaysia yang berjumlah lebih 80 ribu orang. Rafizi mungkin juga melihat  isu perlantikan Pemangku Pengerusi SPAD yang baru iaitu Tan Sri Isa Samad sebagai batu loncatan untuk melancarkan perang terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

Ditambah pula beberapa isu yang berkait rapat dengan teksi dan pengangkutan awam, maka Rafizi melihat ruang untuk dia menghasut agar pemandu teksi menjadi balacinya.


Di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya baru-baru ini Rafizi dengan ADUN Hulu Langat, Datuk Abdullah Sani membuat perjumpaan dengan PERJIWA persatuan pemandu-pemandu teksi yang ditubuhkan. Seperti yang kita tahu apabila Rafizi yang membuat perjumpaan sudah tentulah kerjanya mengutuk kerajaan.

Rafizi tiba-tiba berubah mahu menjadi hero kepada pemandu-pemandu teksi. Kononnya menurut Rafizi sistem e-hailing dan perkhidmatan Grab dan Uber telah menyekat rezeki mereka.

Setelah bermacam-macam bantuan yang telah kerajaan berikan kepada pemandu teksi baru Rafizi nak tunjuk muka. Tahukah Rafizi kerajaan telah mengalakkan pemandu teksi untuk mendapat permit individu bagi mengelakkan mereka terus bergantung dengan persatuan teksi.

Bulan lepas sahaja terdapat lebih kurang 300 pemandu teksi yang menerima lesen individu di bawah program TITP, termasuk 43 orang yng menerima Geran  bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu.

TITP ini disasar untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sekian lama membelenggu industri teksi seperti soal kebajikan pemandu, isu sukar menjana pendapatan, kekangan atau kesukaran pemandu untuk terus memenuhi citarasa dan kehendak pengguna, tekanan yang dirasai pemandu kerana sistem dan amalan sedia ada serta banyak lagi isu lain.

Apakah yang mampu ditawarkan oleh Rafizi kepada pemandu-pemandu teksi? Jika sekadar untuk meraih populariti untuk diri sendiri lebih baik Rafizi tumpu kepada partinya yang bermasalah.

Kerajaan melalui SPAD telah menjalankan pelbagai program untuk membantu pemandu teksi. Oleh itu pemandu teksi jangan mudah terikut-ikut cakap Rafizi yang langsung tidak memberi manfaat kepada mereka.

Pemandu teksi perlu ingat, kerajaanlah yang banyak membantu mereka selama ini walaupun pengguna banyak memberi maklum balas yang negatif terhadap perkhidmatan mereka.

Mereka tidak boleh bergantung harap kepada penipu seperti Rafizi kerana matlamat Rafizi adalah untuk meraih kepentingan politik bukanya ingin membela nasib mereka.


No comments:

Post a Comment