Wednesday, July 26, 2017

PAS AKAN LEMPANG PKR, DAP SAMPAI TERSUNGKUR



Pas sama sekali tidak memberi muka kepada PKR apabila menegaskan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam masa sama, Pas juga bersedia bertanding di kerusi lain milik PKR di seluruh negara termasuk kawasan DAP yang berpotensi di Pulau Pinang.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ber­kata, hubungan parti itu dan PKR sudah putus jadi tidak ada masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan meskipun terpaksa berhadapan saingan tiga penjuru.


“Pas tidak terikat dengan sesiapa sekarang, jadi kita bebas dan terserah untuk kita bertan­ding di mana dan ba­nyak mana kawasan. Kita lawan tetap lawan, menang kalah, itu perkara lain.

“Dulu kita ada per­sefahaman, perjanjian. Sekarang sudah tidak ada maka terserah pada kitalah. Sebelum ada PKR, memang kerusi (Permatang Pauh) kita lawan UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Keempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.
Minggu lalu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh dan memberitahu bahawa parti itu telah mula menggerakkan jenteranya di semua kawasan di seluruh negara.


Kesal dengan tindakan tersebut, Naib Presiden PKR, Tian Chua me­nyi­fatkan langkah yang diambil bekas sekutunya itu sebagai satu bentuk provokasi dan angkuh.


Untuk rekod, PKR menguasai kawasan Parlimen yang sinonim dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sejak Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) pada tahun 1999.


Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, pihaknya sedang mengkaji mana-mana kerusi lain milik DAP yang dilihat berpotensi untuk diletakkan calon pada pilihan raya nanti.


Sementara itu, beliau turut melontarkan keyakinan Pas mampu mencapai sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen sekaligus boleh menjadi penentu pembentukan kerajaan selepas pilihan raya.

No comments:

Post a Comment