Monday, May 8, 2017

SELEPAS MUKTAMAR ISKANDAR BUKAN LAGI PESURUHJAYA PAS SELANGOR



Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menafikan persepsi politik yang mendakwa beliau digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menyifatkan persepsi itu sebagai berniat jahat, Iskandar berkata, semua Naib Presiden Pas sememangnya tidak lagi memegang jawatan pesuruhjaya negeri selepas muktamar.

Jelasnya, beliau bukan digugurkan sebaliknya diberikan tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga zon tertentu sebagai persiapan Pas menghadapi pilihan raya umum.

“Polisi baru Naib Presiden tidak lagi menjadi pesuruhjaya. Idris Ahmad dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah juga bukan pesuruhjaya. Setiap Naib Presiden perlu jaga satu zon.

“Sebarang penggunaan perkataan gugur adalah berniat jahat. Jawatan pesuruhjaya tamat semasa muktamar. Selepas muktamar perlantikan baru akan dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kedudukan Iskandar selaku Pesuruhjaya Pas Selangor diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi.

Sehingga kini cubaan untuk mendapatkan komen Sallehen masih gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon dan juga mesej menerusi aplikasi WhatsApp. -






No comments:

Post a Comment