Wednesday, May 10, 2017

PAS SELANGOR BUAT ROMBAKAN, ISKANDAR BUKAN LAGI PESURUHJAYA NEGERI



Pas Selangor melakukan rombakan barisan kepemimpinan negeri apabila mengantikan dua daripada tiga Timbalan Pesuruhjayanya dengan muka baharu.

Rombakan itu berselang seminggu selepas terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi dilantik sebagai Pesuruhjaya negeri menggantikan Datuk Iskandar Samad.

Yang Dipertua Pas Sepang, Ir. Mohd. Haslin Hassan dilantik Timbalan Pesuruhjaya ll; Yang Dipertua Pas Tanjung Karang, Mohd. Zamri Zainuldin Timbalan pula sebagai Pesuruhjaya Pas lll manakala Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dikekalkan selaku Timbalan Pesuruhjaya l.


Turut menyaksikan rombakan ialah jawatan Setiausaha apabila Abdul Halim Omar diangkat bagi menggantikan Mohd. Khairuddin Othman selepas beliau ditukar ke lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

Sallehen berkata, rombakan itu tiada sebarang kaitan dengan soal jawatankuasa sebelum ini gagal berfungsi dengan baik sebaliknya dibuat bagi memperkukuhkan lagi persiapan Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Ini pasukan untuk kita hadapi pilihan raya umum dan beberapa rombakan ini dibuat bagi memperkukuhkan Pas Selangor dan seterusnya memastikan kita memenangi pilihan raya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan pertama selepas bergelar Pesuruhjaya negeri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment