Monday, April 10, 2017

DONALD TRUMP BUAT PASAL LAGI !




Sejak Donald Trump mengambil alih tampuk Presiden Amerika Syarikat bermacam-macam hal yang tidak masuk akal telah dibuatnya antaranya termasuklah larangan orang Islam daripada memasuki Amerika. tindakannya menyusahkan pentadbiran Amerika sehinggakan memerlukan campurtangan badan kehakiman dan anggota Senat. 

Baru-baru ini Donald mengunakan kekuatan tenteranya untuk menyerang Syria dengan 60 biji Tomohawk dengan alasan tindakan menyerang kubu tentera Syria  susulan serangan senjata kimia di bandar Idlib pada pagi Selasa lalu. Dalam serangan tersebut sekurang-kurangnya 86 penduduk tempatan dilaporkan terkorban termasuk kanak-kanak dalam insiden berkenaan.

Dan terkini Donald telah mengerahkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) agar ‘menggerakkan’ kedudukan kapal pe­ngangkut pesawat, USS Carl Vinson ke Semenanjung Korea bertujuan mendesak Korea Utara menghentikan program senjata nuklear.

Sudah tentulah langkah ini akan menimbulkan ketegangan di rantau tersebut . Apatah lagi apabila  Pyongyang baru-baru ini mengutuk tindakan AS melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria. 

Pusat Pemerintah Pasifik AS mengarahkan kapal tersebut ke rantau itu sebagai langkah berjaga-jaga. Ancaman utama di rantau itu adalah Korea Utara atas kecu­aian, tidak bertanggungjawab dan ketidakstabilan program misil serta terlalu mengejar kemampuan senjata nuklear. 

Kegilaan Donald ini bakal menjadi ancaman kepada dunia jika ianya tidak dikawal dengan minda yang waras. 

Malaysia Menjerit