Monday, April 3, 2017

300 PENERIMA LESEN INDIVIDU DAPAT GERAN RM5000



Syukur alhamdulillah ! 300 Pemandu teksi  telah mendapat lesen Teksi individu dibawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Mereka semua patut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah banyak membantu menyelesaikan masalah mereka. 

Mereka bukan sahaja berjaya memiliki lesen individu bahkan kerajaan juga memberi geran tunai bernilai RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang telah menerima lesen individu untuk membeli kenderaan baru.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan pemberian lesen teksi individu kepada pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka.

Dalam bajet 2017 seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, kerajaan telah memperuntukan Geran sebanyak RM150 juta untuk pemegang lesen individu yang layak.



Pelaksanaan inisiatif ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) adalah bagi menambahbaik kebajikan para pemandu teksi dan untuk mewujudkan satu persekitaran yang adil dan sihat bagi industri. Suruhanjaya dengan itu telah mengumumkan kelulusan 300 lesen teksi individu.


Kumpulan penerima lesen individu pertama pada hari ini, merupakan sebahagian daripada 3,007 permohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016. Kesemua permohonan tersebut perlu melalui proses saringan dan mematuhi keperluan-keperluan pelesanan SPAD yang direka bagi meningkatkan mutu perkhidmatan industri teksi negara.


Sebagai satu pelaksanaan di bawah TITP, kesemua 300 penerima Lesen Individu juga akan menerima geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang telah menerima lesen individu untuk membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Bajet 2017.


Di dalam majlis hari ini, 300 Surat Tawaran Kelulusan (STK) telah disampaikan oleh Pengerusi SPAD Tan Sri Dato’ Sri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar kepada kumpulan penerima lesen individu pertama.

No comments:

Post a Comment