Wednesday, February 22, 2017

PEMANDU TEKSI JUJUR





Biasanya kita mendengar cerita buruk berkenaan pemandu teksi. Paling top kes pemandu teksi ialah kenakan caj yang berlebihan dan tidak masuk akal. Itulah perkara biasa yang kita dengar. 

Jarang dan amat suah kita nak berjumpa dengan pemandu teksi yang jujur dan amanah. Apatah lagi dengan pelbagai kes yang sering digembar gemburkan baru-baru ini. 

Namun begitu setiap tahun ada saja anugerah untuk pemandu teksi cemerlang dari SPAD. 

Baru-baru ini seorang wanita tercicir beg duitnya didalam sebuah teksi. Bee Leng Ong yang tercicir  beg duitnya dalam teksi encik Zamrod telah dihubungi oleh lelaki tersebut dan memulangkanbeg duit itu kepadanya semula. 

Dia yang terasa begitu terharu dengan kejujuran pemandu teksi tersebut meluahkan perasaan syukurnya dan mengucapkan terima terima kasihnya diatas sikap amanah dan bertanggungjawab encik Zamrod yang telah memulangkan beg duitnya semula. 





Hasil dari luahan rasa terima kasihnya dalam medium sosial facebook, Leng Ong mendapat reaksi yang pelbagai dari pengguna Facebook yang rata-rata memuji sikap jujur dan amanah pemandu teksi Encik Zamrod. 

Dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap pemandu teksi, sekurang-kurangnya kisah kejujuran seorang pemandu teksi yang telah memulangkan beg duit seorang penumpang wanita mampu mengubah pandangan buruk orang awam terhadap mereka. Sekurang-kurangnya encik Zamrod telah memadamkan sedikit kisah-kisah jelik, buruk pemandu teksi Malaysia. 


Menurut pemandu teksi tersebut encik Zamrod, pada petang tersebut kira-kira jam 2:30 petang dia ketika itu sedang membawa tiga orang penumpang termasuklan Leng Ong menaiki teksinya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.  

Pada mulanya beliau tidak menyedari bahawa penumpangnya telah tercicir beg duit di dalam teksi. Selepas hantar mereka saya terus pergi isi gas dan kemudianya pulang semula ke lapangan terbang. Selepas itu saya tidak ambil mana-mana penumpang dan sememangnya saya tidak sedar ada beg duit tercicir di tempat duduk belakang.

Selepas lebih kurang dua jam ada seorang lelaki Inggeris dan Cina meminta saya hantat mereka ke Bandar Utama, salah seorang daripada mereka inilah yang menemui beg duit tersebut dan beri kepada saya. Dia yakin salah seorang dari tiga penumpangnya sebelum ini adalah pemilik kepada beg tersebut. Dia yakin beg duit tersebut adalah milik Leng Ong sebelum mencari maklumat di dalam beg tersebut bagi menghubungi pemiliknya.

Malangnya dia tidak menemui apa-apa maklumat termasuk nombor telefon yang boleh dihubungi. Zamrod buntu memikirkan bagaimana caranya untuk dia pulangkan semula beg duit tersebut. 

Pada jam hampir pukul 5 petang, saya ke masjid untuk menunaikan solat asar, saya berdoa agar dipermudahkan dan ditunjukkan jalan bagaimana untuk memulangkan semula beg ini.

Selepas solat, saya buka lagi sekali beg duit dan akhirnya menemui satu kad. Saya cuba menghubungi nombor tersebut, secara kebetulan nombor itu kepunyaan Leng Ong, saya memaklumkan berkenaan beg duitnya yang tertinggal. Ketika itu Leng Ong telah berada di Lapangan Terbang untuk penerbangan balik ke Pulau Pinang pada jam 8 malam.

Menurut Zamrod, beliau berjumpa Leng Ong di Lapangan Terbang pada jam 6 petang. Beliau hanya menyedari kehilangan begnya pada jam 5 petang selepas mesyuarat. Ketika diserahkan beg tersebut Leng Ong kelihatan sangat gembira dan terharu. Saya tidak sangka beliau kongsikan pengalaman ini dilaman facebook miliknya. 

Pada saya, memulangkan barang orang adalah tanggungjawab saya. Kerana sangat gembira beliau bersungguh-sungguh memberi token kepada saya. Saya cuba menolak namun kerana dia tetap bersungguh-sungguh mahu saya menerimanya dan berkata saya layak menerimanya. Dalam pada masa yang sama beliau mengajak saya minum di Starbuck. Jelas sekali beliau cukup gembira dan berterima kasih kepada saya.

Pada saya adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memulangkan semula hak orang lain, itu adalah pegangan hidup saya dalam mencari rezeki yang halal. 

Dalam keadaan dimana pemandu teksi dipandang buruk orang orang ramai,saya perlu menjaga imej pemandu-pemandu teksi, agar pemandut teksi tidak lagi dipandang buruk dan dikutuk.  

.
Bagi orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan teksi, Zamrod memberikan perkhidmatan kepada semua penumpang di sekitar Lembah Klang dan beliau berpangkalan di Lapangan Terbang Subang. Terima kasih 'Encik Teksi' kerana jujur!

No comments:

Post a Comment