Monday, December 12, 2016

KERETAPI LAJU: MALAYSIA - SINGAPURA SEPAKAT TANDATANGANI PERJANJIAN






Malaysia dan Singapura dijadual menandatangani perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura esok semasa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melakukan lawatan kerja ke negara ini untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ketujuh, kata Wisma Putra hari ini.

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata, projek kereta api laju itu dijangka meningkatkan ketersambungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura, mengeratkan lagi hubungan perniagaan dan meningkatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

Lee akan diiringi isteri, Ho Ching, dan beberapa menteri kabinet serta pegawai kanan, kata Wisma Putra.

"Semasa Pemukiman Pemimpin ketujuh ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disusuli mesyuarat delegasi.

"Kedua-dua pihak akan membincangkan isu dua hala kepentingan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama dua hala sedia ada, meningkatkan momentum perbincangan yang telah diadakan dan inisiatif yang dipersetujui pada Pemukiman Pemimpin 2015," katanya.

No comments:

Post a Comment