Tuesday, December 13, 2016

TANAH MELAYU DALAM BAHAYA : BRITISH KUCAR -KACIR


Gerila Komunis Chin Peng memulakan serangan mengejut dimana-mana sahaja, bila-bila masa dan terus menghilangkan diri dalam hutan tebal. Hutan menjadi sahabat baik kepada gerila Komunis pimpinan Chin Peng. Mereka amat arif segala selok belok mengenai hutan ini. Sejak berperang dengan Jepun lagi mereka sudah menjadikan hutan tempat kediaman. Mereka bagaikan berasilimilasi dengan hutan.

Komunis telah menyediakan makanan yang cukup dalam hutan. Mereka dibantu oleh penduduk yang berdekatan membawa makanan kepada mereka. Dalam hutan selain senjata, makanan adalah pekara yang paling penting. Sebenarnya mereka telah menyediakan segala kelengkap sejak awal lagi kerana sudah menjangkakan akan berperang dengan British.

Sementara itu di Kuala Lumpur Pesuruhjaya Tinggi Gent bertungkus lumus mngawal keadaan yang semakin meruncing. Beliau menghadapi kekangan sumber perisikan yang lemah, polis dan tentera yang tidak sepadu Gent cuba bertindak dengan paraturan darurat yang tegas. Mereka yang didapati memiliki senjata api boleh dijatuhi hukuman bunuh. Darurat ini membolehkan kerajaan mengeledah hak milik awam termasuk bangunan dan kediaman tanpa waran dan boleh menahan orang awam tanpa bicara dan boleh mengeluarkan perintah berkurung jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

Walaupun begitu peraturan yang di buat Gent tidak memberi kesan positif serta merta terhadap serangan komunis serta merta. Pemilik ladang yang tidak gembira dengan keadaan ini mula memberi tekanan kepada Gent. Menurut Tim Hatton, pegawai polis di Malaya ketika itu, pada 5, 6 bulan pertama keadaan agak rumit dan tertekan. Pihak komunis sering melakukan serangan hendap di seluruh kawasan desa sehinggakan rakyat merasakan pihak kerajaan akan kalah dan menyerah kepada komunis.

Setelah mengetahui keadaan yang meruncing di Tanah Melayu, kerajaan British memanggil Gent pulang secara rasmi dengan tujuan untuk berunding. Sedangkan dengan memanggil Gent pulang ia bermakna secara rasminya dia telah dipecat. Apa yang lebih malang ketika pesawat Gent sudah menghampiri lapangan terbang London, ia bertembung dengan pesawat lain lalu meletup di udara. Gent terbunuh sebelum sempat menerima surat pemecatannya.

Manakala di Tanah Melayu komunis dilihat bermaharajalela. Negara ini sedang berhadapan dengan huru hara dan keganasan yang tidak berkesudahan.

Pada tahun 1948, perang menentang keganasan telah bertapak di Tanah Melayu. Sedangkan pengganti Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent belum lagi yang terkorban dalam nahas kapal terbang masih belum ada pengganti. Pasukan keselamatan pula berpecah-belah dan sering diserang hendap oleh pengganas komunis.

Keadaan ini menyebabkan para peladang British mengorak langkah kehadapan bagi menangani keadaan ini. Mereka tidak sesekali mahu dilihat takut dengan ancaman ganas komunis. Mereka bertekad akan melawan menentang komunis. Secara asasnya teori komunis untuk menakutkan peladang British dengan pembunuhan beberapa rakan mereka adalah gagal.

Peladang dan pelombong British mengambil tindakan awal berpakat dengan penduduk tempatan untuk menentang komunis. Rancangan komunis untuk menghalau para peladang dan pelombong bagi meruntuhkan ekonomi mereka gagal bahkan kini terpaksa berhadapan dengan satu lagi tentangan bersenjata dari rakyat Tanah Melayu sendiri.

Peladang dan pelombong British menuntut lebih perlindungan daripada kerajaan British. Kerajaan British di London merujuk kepada unit-unit polis yang baru memanggil pulang mereka yang bertugas di Palestin.

Sarjan Gus Flethcher antara orang yang terawal tiba dan terus turun ke lokasi sasaran. Menurutnya," Mereka memerlukan 500 bekas polis Palestin serta merta. Jadi saya tulis surat ke Ibu Pejabat dan tidak lama selepas itu saya saya di kerahkan ke London, ditemuduga dan terus naik pesawat pertama ke Tanah Melayu. Kami berada dalam pesawat dua hari setengah sehinggalah bumi Singapura kelihatan dibawah lalu kami mendarat dan mengambil keretapi menuju ke Kuala Lumpur."

"Apabila kami sampai di Kuala Lumpur kami terus menjalankan tugas dengan bergegas ke sebuah ladang yang sedang dibakar dan terjumpa mayat yang juga terbakar. Kami kembali semula dalam jam 3 pagi. Sebelum sempat kami lelapkan mata kami ke sebuah lagi gudang."

Bagi Flethcher tugas ini merupakan satu tugas yang amat mencabar dan kelihatan seolah-olah komunis telah mendahului pihak keselamatan kerajaan. Namun dengan ketibaan angkatan bantuan barulah para peladang mula merekrut polis khas untuk melindungi lombong dan ladang mereka. Tindak mereka ini membuahkan hasil dengan cepat.

Sekurang-kurangnya 30 ribu sukarelawan yang sebahgiannya orang Melayu mendaftar diri. Terserah kepada Flethcher bagi mempersiapkan angkatan ini. Dia melatih polis khas ini mengunakan senaapang. Cuma ada selaras senapang bagi setiap pasang ahli. Pelurunya ialah peluru zaman pra perang tahun 1938 malah 1936. Apabila tembakan dilepaskan kedengaran seperti peluru dibazirkan.

Apa pun keadaan kekuatan persenjataan mereka, polis khas perlu berjuang mempertahankan ladang dan lombong agar unit-unit polis yang lain dan Rejimen Askar Malaya dapat menumpukan usaha menentang komunis di dalam hutan.

Sebelum mereka hendak bersemuka dengan gerila komunis, mereka terpaksa berhadapan dengan hutan tebal Malaya, "kawan rapat" komunis. Yang nyata pihak komunis jelas mengetahui kelemahan musuh mereka iaitu kejahilan mereka untuk meneruskan hidup dalam hutan. Mereka bagaikan rusa masuk kampung. Tiada arah dan kadangkala sesat.
Bagi rekrut muda Khidmat Negara British, pengalaman pertama kali pertama berperang dalam hutan ini ia amat menakutkan. Mereka rata-rata begitu muda dan tidak mendapat latihan yang cukup, tiba-tiba mereka tercampak di hutan untuk berhadapan dengan komunis yang amat kejam. Bahkan pada waktu malam kadang-kala terdengar tangisan anak muda yang menangisi nasib mereka.

Namun peperangan terhadap komunis bukan hanya berlaku dalam hutan. Terdapat satu lagi angkatan tentera komunis yang mengancam kampung dan bandar di Tanah Melayu. Tentera rahsia ini memberi sumbangan penting kepada jentera perang pengganas.
Tentera Chin Peng memerlukan makanan dan maklumat. Semua itu perlu diperolehi dari luar hutan. Jadi mereka bergantung kepada rangkaian penyokong rahsia yang digelar Gerakan Rakyat atau Min Yuen.

Dalam kehidupan seharian mereka, kumpulan Min Yuen ini mungkin seorang guru, peladang, pekebun, peniaga, kerani pejabat dan mungkin juga seorang penjawat awam. Mereka berselindung disebalik bermacam-macam wajah dan gelaran demi memenuhi tujuan dan hasrat sebenar mereka. Kumpulan Mim Yuen ini amat penting dalam organisasi komunis. Mereka adalah mata dan telinga pihak komunis. Merekalah yang memberi maklumat segala tindakan kerajaan kepada pihak komunis.

Selain itu mereka juga bertugas untuk mengugut penduduk bagi mendapatkan wang dan makanan. Jika ada yang enggan dan engkar, riwayat mereka akan berakhir dengan tragedi. Bagi Chin Peng mereka ini adalah pengkhianat dan tidak wajar dibiarkan hidup, ramai yang dibunuh termasuk kaum Cina kerana keenganan mereka berkerjasama mahupun tidak mampu.

Bekas guru KL Chye melihat sendiri rakannya yang juga seorang guru sekolah menerima nasib yang amat mengerikan apabila enggan bekerjasama dengan komunis. Mereka mengheretnya keluar dari bilik darjah dan membunuhnya didepan murid-murid yang berada disitu. Mereka membunuhnya sehingga isi perutnya terburai keluar. Begitulah episod kejam ketika pengganas komunis mengganas di Tanah Melayu.
bersambung ......

No comments:

Post a Comment