Monday, December 12, 2016

TANAH MELAYU DALAM BAHAYA : BRITISH ISYTIHAR DARURAT




Tahun 1948, disebalik rimbunan hutan hujan Khatulistiwa di Tanah Melayu, peperang sedang meletus. Ribuan gerila Komunis Malaya telah bersiap siaga berhadapan dengan kuasa Empayar British yang ketika itu masih lagi kelesuan kerana baru mengakhiri peperangan dengan Jepun.

Pagi, 16 Jun 1948, Ladang getah Elphill telah menjadi saksi punca tercetusnya peperangan yang memakan korban beribu-ribu nyawa. Ketika itu pengurusnya Arthur Walker baru selesai melakukan rondaan di kawasan ladang getahnya. Setelah selesai melakukan rondaan, dia pulang menuju ke pejabatnya.

Ketika itulah kelihatan kelibat tiga lelaki Cina yang menaiki basikal sedang menuju ke pejabatnya. Mereka meletakan basikal dibelakang pejabat, menerusi tingkap mereka mengintai dan melihatnya berada dibiliknya. Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman tembakan, Arthur Walker mati ditembak ketika berada dibiliknya. Darah yang tertumpah mencetuskan huru-hara di Tanah Melayu. TANAH MELAYU KINI DALAM BAHAYA.

Tanah Melayu diancam keganasan, DARURAT di isytiharkan. Darurat di Tanah Melayu merupakan satu peperangan yang berskala penuh. Pada tiga tahun pertama Darurat sahaja, angka korban begitu tinggi. Setiap hari ada saja pembunuhan di mana-mana. Peperangan di Tanah Melayu berlanjutan sehingga 12 tahun. Peperangan ini telah mengorbankan 11 ribu nyawa dikedua-dua belah pihak sama ada pejuang, komunis mahu pun orang awam.

Namun disebalik peristiwa pahit ini, bangkitnya sebuah negara moden Malaysia yang banyak mengharungi kepayahan demi mencapai kemuafakatan hidup bersama.
Di zaman penjajahan British, mereka mengaut hasil mahsul dan kekayaan Tanah Melayu untuk di bawa pulang ke negara mereka. Para usahawan British telah mengekspoitasi sumber asli Tanah Melayu terutamanya getah dan bijih timah.

Mereka membawa tenaga buruh dari India dan China untuk bekerja di lombong dan ladang getah. British telah mengubah landskap Tanah Melayu dari negara satu bangsa kepada berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.

Ramai dari kalangan bangsa Cina menyertai komunis dengan tujuan untuk menuntut keadaan tempat kerja yang lebih baik. Meskipun suasana Tanah Melayu ketika itu dilihat semakin genting, namun pihak British masih berkuasa dan mengawal keadaan. Sumber asli Tanah Melayu tidak putus-putus memakmurkan Empayar British. British yang hampir muflis selepas perang, mengambil kesempatan meragut kekayaan sumber asli Tanah Melayu dengan sewenang-wenangnya.

Namun pada awal 1942, Perang dunia ke dua mengakhiri penjajahan British di Asia. Pada Februari, susulan kepada kempen yang berjaya, pihak Jepun berjaya mengusir British dari Tanah Melayu dan Singapura. Ini merupakan satu kekalahan British yang memalukan. Ketika itu orang Melayu sedar bahawa empayar British tidaklah sekuat mana yang mereka bayangkan dulu.

Walaupun meyerah kalah, British meninggalkan sekumpulan pegawai bagi menentang pihak Jepun. Kumpulan ini juga dikenali dengan nama Angkatan 136. Mereka tinggal dan berlindung dalam hutan, British telah menubuhkan unit-unit tempatan dan melatih mereka untuk berhadapan dengan pihak Jepun bersedia untuk dimerdekakan.

Angkatan 136 juga mempunyai hubungan yang erat dengan tentera gerila MPAJA yang ketika itu mempunyai kekuatan seramai tujuh ribu ahli dan menyogok mereka dengan memberi mereka senjata dan peralatan untuk menentang musuh yang sama.

Namun sekutu mereka ini mempunyai agenda yang berbeza, mereka berideologi komunis. Ketika di belantara mereka berjaya mengasah teknik pertempuran dalam hutan menerusi pemuafakatan dengan Angkatan 136 iaitu unit tentangan British. Bagi kedua-dua pihak pakatan ini disifatkan sebagai sementara. Pihak komunis MPAJA tahu ikatan mereka ini tidak akan berpanjangan.

Pada tahun 1945, tentera Bersekutu berjaya menewaskan Jepun dan pihak British kembali berkuasa.

Semasa perarakan kemenangan, MPAJA memastikan mereka memegang peranan utama memaparkan diri sebagai penumpas pihak Jepun. Bersama mereka dalam perarakan itu ialah seorang pemuda yang disifatkan British sebagai gerila yang paling mereka percayai. Nama pemuda itu ialah Chin Peng. Malahan British juga bermurah hati menganugerahi beliau dengan Order of the British Empire.

Meskipun mengetahui perang telah pun tamat, pihak komunis dengan sengaja tidak mahu memulangkan senjata mereka.Tindakan mereka menimbulkan syak wasangaka daripada pihak British. Chin Peng kini menjadi duri dalam daging kepada pihak British.

Pihak British yang hampir muflis akibat perang mula mengamalkan berjimat. Mereka tidak akan menyerahkan sumber asli Tanah Melayu begitu sahaja. Leon Comber, anggota polis dari Britain menyatakan bahawa Tanah Melayu merupakan lubuk emas empayar kerajaan British berbanding jajahan mereka yang lain.

Namun dunia ketika itu sudah berubah, Empayar British semakin lemah dan pergerakan Nasionalis Melayu mula menuntut kemerdekaan. Pihak komunis antaranya paling kuat menuntut. Mereka mahu pihak British diusir dari Tanah Melayu. Chin Peng sebenarnya telah lama merancang untuk mengusir British secara paksa. Mereka merancang untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Komunis.

Sebagai permulaan, Parti Komunis Malaya (PKM) mendalangi suatu siri mogok yang mensasarkan lombong-lombong dan ladang yang menjadi tunjang ekonomi di Tanah Melayu. Komunis mengetahui yang British amat memerlukan sumber asli dari Tanah Melayu untuk menjana ekonomi mereka, oleh itu strategi ini dikatakan amat berkesan memberi tekanan kepada British.

Hasil dari propaganda komunis, berlakulah mogok di merata-rata tempat. Di setiap negeri, bandar besar dan banyak tempat lagi. Golongan pekerja ini memberi sokongan kerana berharap dengan pemerintahan sendiri nasib mereka akan lebih terbela seperti propaganda komunis.

Pada tahun 1947, lebih dari 300 mogok telah dilancarkan oleh golongan pekerja estet dan ladang-ladang. Komunis nampaknya berjaya mengawal Kesatuan Buruh dan memberi banyak masalah kepada pihak British.

Disaat gangguan mogok berleluasa, pihak berkuasa Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent semakin tertekan. Ini ditambah lagi apabila peladang dan pemilik lombong yang berpengaruh telah menyelar beliau kerana kegagalan dan kelemahan di dalam pentadbirannya.

Keadaan bertukar menjadi lebih teruk, komunis mengambil kesempatan dari kelemahan ini dengan melancarkan kempen yang lebih bahaya dan mencabar kuasa British. Dalam tempoh sehari, komunis telah menembak mati tiga pemilik ladang British. Pesuruhjaya Tinggi Gent terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengisytiharkan DARURAT.
Ini merupakan satu perisytiharan perang kepada empayar British. Namun British mengelarnya Darurat agar golongan peladang dan pemilik lombong boleh terus menuntut pampasan insurans yang lazimnya di tolak sewaktu perang. Ia merupakan satu tindakan bijak kerana semua kerosakan harta benda awam boleh dituntut dengan insurans.
Pihak komunis tergejut dengan kebangkitan mendadak ini. Namun Chin Peng dan pasukannya telah bersiap sedia dari awal, mereka bertindak pantas kembali ke hutan bagi mempersiapkan angkatannya.

Pangganas komunis ketika itu begitu yakin dan bermotivasi tinggi dapat menewaskan British. Mereka sanggup meninggalkan keluarga demi perjuangan mereka untuk mendirikan negara komunis.

Mereka dengan angkuh menyatakan mereka mampu menewaskan Jepun dengan mengambil masa tiga tahun lapan bulan, untuk menewaskan British mereka tidak memerlukan masa selama itu. Keyakinan mereka berasaskan kononnya mereka yang berhadapan dengan Jepun di Tanah Melayu sedangkan British pula melarikan diri.
Pihak British menganggap mereka sebagai pengganas dan penyagak. Mereka digelar Pengganas Komunis atau C.T (Communist Terrorist). Dengan kemahiran tinggi mereka didalam hutan mereka merupakan satu angkatan tentera yang bakal memberi tentangan sengit kepada British.

Dalam keadaan huru-hara di Tanah Melayu, Chin Peng mengambil kesempatan dengan mengerahkan lima ribu anggotanya yang berdisiplin tinggi ke lokasi-lokasi utama untuk bertindak. Mereka tidak perlu bimbang kerana sekutu mereka yang paling rapat iaitu HUTAN MALAYA, Antara hutan yang paling digeruni akan melindungi mereka apabila keadaan mereka terancam.

bersambung.... 

Mohammad Firdaus Hasnel

No comments:

Post a Comment