Tuesday, December 20, 2016

KEKERAPAN PERKHIDMATAN TREN PERLU DITINGKATKAN



JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN. Inilah yang  berlaku kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika lawatan kerjanya ke Moscow, Rusia baru-baru ini. 

Beliau sangat teruja dan amat kagum dengan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bawa tanah di bandar Moscow. Di Moscow, MRT kekerapannya mencecah setiap 90 saat, disamping mampu menampung 8.5 juta penumpang sehari. 


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap kekerapan perkhidmatan tren di Lembah Klang dapat ditingkatkan kepada setiap 90 saatKekerapan tren berkenaan adalah 1.5 minit, jadi tak perlu tunggu lama. Kita harap dapat capai sasaran seperti itu.

Sasaran ini sebenarnya boleh dicapai, apa yang diperlukan adalah kerjasama dan usaha yang bersungguh dari semua pihak yang terlibat. 

Kekerapan perkhidmatan KTM komuter misalnya telah berjaya ditambah dari setiap satu jam kepada setengah jam sehinggalah yang terbaru iaitu setiap 15 minit.  

Menjelang 2019 perkhidmatan KTM akan dipertingkatkan lagi mutu perkhidmatannya, dan tempoh menunggu akan disingkatkan lagi kepada 7.5 minit dan seterusnya kepada 3.5 minit. Ini akan dapat dicapai melalui perlaksanan projek landasan berkembar Lembah Klang (KVDT).

Kementerian Pengangkutan telah memperuntukan RM 1.4 bilion bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Komuter) pada waktu puncak.


No comments:

Post a Comment