Monday, December 19, 2016

SEGERA TANGANI KRISIS KEMANUSIAAN DI ALEPPO


Malaysia mempunyai sebab kenapa bimbang dengan keadaan di Aleppo, Syria. Serangan ganas dan pembunuhan keatas rakyat Syria yang tidak berdosa bakal mengundang kemasukan kumpulan pengganas DAESH ke rantau ASEAN termasuk Malaysia.

Agen DAESH di rautau ini dilihat begitu aktif dan serius menyebarkan propagada mereka dilaman-laman sosial terutama dalam aspek penyebaran ideologi, penambahan anggota dan ingin mewujudkan semula Khalifa Islam.

Malaysia dengan tegas menyatakan pendirian melalui Timbalan Perdana Menteri di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa kita tidak mahu DAESH bertapak di negara ini setelah kemusnahan kubu mereka di Syria.

Malaysia berpendapat adalah sudah terlewat jika ideologi ganas mereka menular dan diterima oleh masyarakat disini. Oleh itu Malaysia mengerakkan kerjasama tiga negara antara Malaysia, Filipina dan Indonesia bagi menyekat dakyah mereka.

Dalam pada itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar kuasa besar dunia perlu segera campur tangan bagi menyelesaikan krisis kemanusian di Aleppo. Campur tangan ini dilihat merupakan usaha terbaik bagi menangani krisis kemanusiaan.