Wednesday, December 21, 2016

BIARKAN MEREKA TERUS GILA KERUSI



PEREBUTAN kerusi dalam ka­­la-
ng­an parti yang ­meng­­–anggotai pakatan pembangkang diketuai induknya, DAP seharusnya membuka ma­ta­ parti-parti kom­ponen Barisan Nasional (BN).


Mereka khususnya MCA, Gerakan dan MIC harus serius bersiap-siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Mereka tidak boleh mengharapkan UMNO semata-mata untuk bertindak sebagai ketua perang.

Masing-masing presiden MCA­, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Gerakan (Datuk Mah Siew Keong) dan MIC (Datuk Seri Dr. S. Subramaniam) perlu memiliki jiwa ketua perang.
Pencapaian UMNO dalam PRU-13 tidak dapat dipertikaikan. Parti berpaksikan orang Melayu dan umat Islam itu menambah sembilan lagi kerusi dari 79 dalam PRU-12 kepada 88 kerusi. Parti komponen lain sekadar 'bertenggek’ sahaja.

Jika berdasarkan sempadan kawasan pilihan raya sedia ada, de­ngan mengambil kira undi 55 pe­ratus sebagai ‘kerusi selamat’, BN hanya mempunyai 82 kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis.

Pakatan pembangkang pula memiliki 60 kerusi selamat dan 29 kerusi tipis.
Sejumlah 82 kerusi selamat BN terdiri daripada lima kerusi bandar dan 77 kerusi luar bandar. Atau 53 kerusi majoriti Melayu, tiada kerusi majoriti Cina, empat campuran dan 25 kawasan bumiputera. ‘Kawasan campuran’ bermaksud tiada pengundi dari sesuatu kaum lebih dari 60%.

Sebanyak 51 kerusi majori­ti tipis BN meliputi 30 kerusi ma­­joriti Melayu, tiada kerusi majoriti Cina, sembilan kerusi campuran dan 12 bumiputera.

Kerusi selamat pembangkang­ yang terdiri daripada 60 kerusi meliputi 16 kerusi majo­riti Melayu, 25 majoriti Cina, 18 campuran dan satu bumipu­tera.

Sebanyak 29 kerusi majoriti tipis pembangkang pula berada di 20 kerusi majoriti Melayu, empat majoriti Cina, lima campuran dan tiada bumiputera.

Pakatan pembangkang me­menangi 41 (66%) dari 62 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Melayu dan Cina kurang dari 60%. Sebanyak 22 dari 41 kerusi itu dimenangi PKR, 16 DAP dan 3 Pas.

Pakatan itu kalah tipis di beberapa kerusi campuran termasuk Cameron Highlands, Bentong, Labis, dan Pasir Gudang. Semua kawasan itu dimenangi BN dengan perbezaan undi kurang dari 1000.

Empat lagi kerusi -Setia­wangsa, Segamat, Ledang, Tebrau - diraih BN dengan perbezaan undi antara 1000 hingga 2000.

Cabaran BN dalam PRU-14 tidak mudah. Parti pemerintah itu harus mengekang kemaraan pembangkang yang mahu mem­­per­luaskan lagi keme­nang­an mereka ke 21 lagi kerusi parlimen campuran.

Johor-tempat lahirnya UMNO memerlukan perhatian khusus memandangkan 12 dari 21 kerusi parlimen pembangkang itu terletak di negeri itu.

Tiada kerusi yang selamat. Dan tidak harus ada tersemat dalam diri untuk bertanding ha­nya kerusi selamat.