Tuesday, November 1, 2016

SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MEMPERCEPATKAN KERJA BAIK PULIH BAGI MEMASTIKAN SERVIS KEMBALI DI SEKTOR UTARA DAN SELATAN

KENYATAAN MEDIA



28 Oktober 2016, Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

telah memberi arahan kepada KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih

kerosakkan landasan kereta api berikutan insiden kemalangan tren kargo yang yang

telah tergelincir di km 200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah pada jam 3.15 pagi

hari ini.

Walaupun KTMB telah menyediakan perkhidmatan bas pengantara yang secukupnya

untuk tujuan pemindahan penumpang antara stesen Kampar – Ipoh – Kampar dan

seterusnya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, namun

memandangkan ini adalah musim cuti perayaan Deepavali, KTMB telah diarahkan

untuk berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan gerabak kereta api yang

tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera

bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa.

SPAD juga telah mengarahkan KTMB untuk mengeluarkan laporan siasatan

terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan akan mengambil

tindakan yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya juga akan

menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut. SPAD turut menggesa KTMB untuk

memperbaiki mutu penyelenggaraan serta operasi tren untuk mengurangkan

insiden-insiden yang boleh membebankan pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai status pembukaan perkhidmatan, para pengguna

dinasihatkan merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di

03-2267 1200.


No comments:

Post a Comment