Friday, October 7, 2016

LPT Symposium & Anugerah Industri



Jom, ramai-ramai sertai Peraduan Instagram#5TahunLPT #SPAD. Hadiah ekslusif jam tangan TimeTraveller beserta cip Touch 'n Go mungkin menjadi milik anda. 

Peraduan ini bersempena Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat. http://bit.ly/5TahunLPTSPAD



PENCERAMAH  
Bertema “Public Transport: Transforming the Nation”, Simposium tahun ini akan membawa pelbagai perbincangan menarik mengenai peranan LPT dalam  memangkin pertumbuhan sosioekonomi serta memandu mobiliti untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai. Pemimpin-pemimpin daripada industri pengangkutan awam darat, penggubal-penggubal dasar serta pakar dalam pengangkutan awam darat dan pembangunan bandar akan berkumpul untuk meneroka, mempertimbangkan dan membincangkan isu-isu yang penting untuk mengorak langkah ke masa hadapan demi memajukan industri pengangkutan awam darat.
Sebagai pejuang utama dalam transformasi pengangkutan awam darat Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan menyempurnakan perasmian Simposium 2016 dengan menyampaikan ucaputama dalam majlis ini.  

Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat

LPT Simposium 2016 ini juga akan mengadakan sebuah pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat yang dibuka secara percuma kepada orang awam pada 17 Oktober. Pameran ini akan mengilustrasikan sedikit sebanyak sejarah serta kesalinghubungan masa kini dan perancangan masa depan di Malaysia. Selain itu, sebuah pameran kerjaya akan turut diadakan untuk mempamerkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran percuma ini.


Terdapat beberapa laluan untuk ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur :

Peta ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di google map klik sini.
Laluan darat :
Jika anda menggunakan teksi, arahkan laluan anda ke tengah Jalan Pinang dan belok kiri untuk ke pintu masuk utama (selepas Hotel Mandarin Oriental) untuk turunkan penumpang.
Jika anda memandu, berikut adalah pilihan tempat letak kereta anda:
  1. Ambil kiri pertama selepas Hotel Mandarin Oriental dari Jalan Pinang sehingga jalan untuk mengakses tempat letak kereta di tingkat bawah tanah (Basement).
  2. Letakkan kereta di tempat letak kereta Suria KLCC dan susur keluar ke aras Concourse Centre Court. Arahkan laluan anda berdekatan dengan pasar raya Cold Storage ke arah Farmasi Guardian di mana terdapat laluan pejalan kaki berbumbung. Gunakan lif untuk ke tingkat bawah di mana anda akan diarahkan ke kawasan pendaftaran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Dengan perkhidmatan rel :
Gunakan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan turun di stesen KLCC. Belok kiri selepas keluar dari stesen dan menuju ke pusat membeli-belah Suria KLCC  aras Concourse Centre Court. Belok kiri dan arahkan laluan anda berdekatan dengan pasar raya Cold Storage ke arah Farmasi Guardian di mana terdapat laluan pejalan kaki berbumbung. Gunakan lif untuk ke tingkat bawah di mana anda akan diarahkan ke kawasan pendaftaran Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.
Dengan berjalan kaki :
Dari aras bawah Suria KLCC, sila ambil laluan keluar ke Taman KLCC dan belok kanan. Ikut laluan menghala ke Hotel Mandarin Oriental dan kemudian ambil jalan sekitar pinggir taman ke arah pusat bangunan itu dan masuk melalui pintu masuk utama Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.

Jika anda seorang pengguna atau peminat pengangkutan awam darat, sertailah Peraduan #5TahunLPT Instagram SPAD dari 30 September hingga 10 Oktober!
Anda hanya perlu mengambil gambar atau video diri anda dengan sebarang pengangkutan awam darat di Malaysia, lengkapkan slogan dengan kreatif “Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan ...” dan muat naik ke akaun Instagram anda. Jangan lupa #5TahunLPT #SPAD
Peluang untuk memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM2,000 termasuk jam tangan eksklusif ‘TimeTraveller’ menanti anda!
Peraduan #5TahunLPT SPAD ialah sempena sebuah pameran transformasi pengangkutan awam darat untuk mengetahui perkembangan industri ini. Malah, pelbagai aktiviti serta hadiah-hadiah bernilai sehingga RM100,000 menanti anda!
Pameran percuma ini juga akan memberi anda peluang untuk menerokai pelbagai kerjaya dalam bidang yang dinamik ini.
Sertailah pameran percuma ini pada 17 Oktober 2016http://bit.ly/5TahunLPTSPAD



MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK LINK DIBAWAH :
http://www.spad.gov.my/ms/lpt-simposium#! 

No comments:

Post a Comment