Friday, October 14, 2016

BAS RAPID KL TERBAKAR


Sebuah bas Rapid KL dan enam buah kereta hangus terbakar semalam dalam satu kejadian kebakaran di Wangsa Maju, berdekatan dengan Pasaraya Aeon Big Seksyen 5.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 3.55 petang sebelum tiga jentera bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian.  

Rapid Bus Sdn. Bhd dalam satu kenyataan akan melakukan siasatan rapi terhadap insiden ini. Rapid juga dalam kenyataan yang sama berkata akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menyiasat punca sebenar kejadian. 

Bas laluan T251 LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju, yang ketika itu sedang membawa enam penumpang itu tiba-tiba terbakar. Pemandu dengan pantas menyelamatkan dengan menurunkan kesemua penumpang. Menurutnya dia terbau asap dan memberhentikan kenderaan tersebut serta merta dan menyuruh penumpang turun dengan segera. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) memandang pekara ini dengan serius kerana ia melibatkan nyawa orang awam. SPAD bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya( MIROS) akan menjalankan siasatan dan audit terperinci terutama berhubung pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) Rapid KL. untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran tersebut. 

Dalam pada mas yang sama Prasarana juga telah diminta untuk menyediakan laporan terperinci mengenai insiden tersebut kepada SPAD.

Walau bagaimana pun Pemuda Selempang Merah mengucapkan tahniah kepada kapten bas tersebut kerana pantas bertindak dan menyelamatkan enam penumpangnya. 







No comments:

Post a Comment