Saturday, October 15, 2016

WIFI DALAM PERKHIDMATAN TREN ELEKTRIK (ETS)




Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) merupakan pengangkutan awam yang banyak memberi kemudahan kepada rakyat terutama kepada mereka yang mengunakannya untuk perjalanan jauh dengan pantas dan selesa.

Dengan menaiki ETS orang ramai tidak perlu menempuh perjalanan ke destinasi yang jauh dengan meredah kesesakan lalulintas, membayar tol serta berhenti di mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya, malah tidak mengalami keletihan akibat memandu.


Apa yang lebih menarik ETS kali ini bakal menyediakan kemudahan Wifi bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatannya disamping dapat membantu pengguna menyiapkan kerja dan berinteraksi semasa dalam perjalanan ke sesuatu destinasi. 

Sebenarnya banyak pihak telah menyarankan kepada kepada kerajaan idea ini agar menyediakan kemudahan ini dalam ETS. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan ini merupakan sesuatu pekara yang baik dan menyokong penuh sebagai satu usaha yang boleh menarik orang ramai mengunakan perkhidmatan ETS ini.

Baginya kemudahan Wifi ini merupakan satu lagi usaha kerajaan ke arah melaksanakan tranformasi dalam pengangkutan negara.

ETS diwujudkan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan yang memiliki keseimbangan dari segi kepantasan, keselamatan dan ciri-ciri mesra alam untuk perjalanan yang selesa terutamanya bagi perjalanan jarak jauh.

Sehingga kini ramai pengguna yang memuji dan berpuashati dengan perkhidmatan ETS.

Secara purata, seramai 6,000 orang menggunakan perkhidmatan ETS setiap hari pada hari biasa, manakala pada hujung minggu serta cuti umum jumlah itu meningkat sekali ganda kepada 12,000 orang. Angka ini  menunjukkan rakyat berpuashati dengan perkhidmatan ETS. 

Diharap dengan adanya kemudahan Wifi, perkhidmatan ETS akan menarik lebih orang ramai mengunakannya. 

Jelas sekali kerajaan sentiasa mendengar apa sahaja idea, cadangan dan pandangan rakyat untuk kebaikan mereka. Inilah yang diterjemahkan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri sebagai "RAKYAT DIDAHULUKAN"


Justeru itu tidak benar sama sekali beberapa kenyataan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan tidak memperdulikan kehendak rakyat. 


No comments:

Post a Comment