Thursday, October 13, 2016

TEKNOLOGI BLOCKCHAIN : RAKYAT MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA


Blockchain adalah inovasi teknologi terkini yang semakin mendapat sambutan dan digunapakai oleh pelbagai Organisasi terkemuka antarabangsa. Blockchain merupakan rekod atau lejar umum yang dikongsi oleh ramai pihak yang berlainan. Rekod tersebut hanya boleh diubahsuai setelah mendapat persetujuan oleh majoriti pihak yang telibat dalam sistem tersebut. Tanpa persetujuan tersebuat tiada pengubahsuaian dibenarkan.

Teknologi Blockchain mula dihasilkan pada tahu 2008 dan dilaksanakan pada 2009. Ianya merupakan revolusi teknologi yang mengutamakan ketelusan bagi setiap transaksi yang terlibat.

Teknologi Blockchain berupaya digunakan oleh pelbagai aplikasi termasuk sistem pembayaran, matawang digital, penemuan saintifik, sistem undian dan pelbagai lagi.

Terkini, seorang anak muda, Muhd Azrainuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Arai Ezzra yang menerajui inovasi yang dinamakan DinarDirham telah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan sebagai The Most Innovative Gold Fintech Provider yang bakal berlangsung di The China Forex Expo pada 28hb Oktober 2016 di Shenzen, China di mana ribuan Pakar serta Organisasi yang terlibat dalam industri Teknologi Kewangan atau lebih dikenali sebagai FINTECH akan hadir untuk turut menyaksikan detik bersejarah tersebut di Great China International Exchange (1F Sheraton Shenzen Futian Hotel )

DinarDirham adalah inovasi pertama di dunia yang belum pernah dibangunkan atau digunapakai oleh mana-mana pihak sebelum ini. Ianya dapat menyelesaikan pelbagai isu dan masalah yang timbul melalui transaksi yang telus yang menggunakan teknologi Blockchain.

Teknologi Blockchain masih lagi dianggap baru di Malaysia dan belum lagi inovasi seumpama DinarDirham digunakai di Malaysia malah di peringkat global. Ini membuktikan bahawa anak tempatan mampu mengahasilkan inovasi yang diiktiraf dunia setanding dengan barisan pakar di peringkat global.

Adakah teknologi Blockchain sudah mula digunakan di Malaysia? Adakah Malaysia bersedia untuk menerima inovasi tersebut? Apakah Kerajaan Malaysia peka serta mahir berkenaan teknologi ini? Pelbagai persoalan sedang hangat dilontarkan.

Melalui inovasi ini, pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan bakal dikecapi oleh rakyat Malaysia dan Kerajaan Malaysia perlu membuktikan bahawa setiap inovasi yang memberi manfaat kepada rakyat harus diketengahkan dan dibangunkan dengan lebih sistematik dan efektif agar semua pihak mendapat faedah menerusinya.

No comments:

Post a Comment