Friday, August 5, 2016

KEADILAN AKAN DITEGAKAN



Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, tidak semudahnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Tragedi sedih yang meragut 289 nyawa dan anak kapal masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia walaupun sudah dua tahun nahas ini berlaku. 

Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha dengan segala upaya mencari kebenaran disebalik nahas malang ini. Malaysia komited untuk membawa mereka yang bertanggunjawab keatas peristiwa ini kemuka pengadilan. Negara Ukraine juga berkongsi matlamat yang sama dengan Malaysia mahu menegakkan keadilan untuk mangsa-mangsa tragedi berkenaan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan komitmen mereka berkenaan isu ini dalam satu sidang akhbar sempena kunjungan Presiden Ukraine ke Malaysia.

“Ia merupakan suatu perbuatan jenayah yang menimbulkan kemarahan dunia dan menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya maut. Kami tidak akan sekali-kali melupakan penumpang dan anak kapal berke­naan, juga kepiluan yang dirasai keluarga mangsa.

Perdana Menteri, berkata Malaysia akan menggunakan saluran undang-undang antarabangsa bagi menuntut keadilan dan mendapatkan penjelasan mengenai perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum itu dalam satu kenyataan juga  berharap agar Malaysia diberikan rumusan awal laporan penyelidikan forensik mengenai penerbangan MH17 oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT). Beliau sentiasa mengikuti dan mendapat maklumat dan perkembangan terbaru dalam siasatan MH17. Beliau berharap agar siasatan dipercepatkan agar penjenayah sebenar dapat dibawa ke muka pengadilan. 

Kedua-dua negara sangat komited dalam usaha mendapatkan kebenaran agar dalang serang tersebut dibawa ke muka pengadilan. Poroshenko mewakili negaranya menegaskan sekali lagi bahawa dia mahu dalang-dalang yang terlibat dalam nahas pesawat tersebut ke muka pengadilan satu satu penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut. Baginya ia satu jenayah terbesar dunia yang masih belum dapat diselesaikan oleh dunia. 


Dalam pada itu, Poroshenko juga merakamkan ucapan takziah kepada kepada semua ahli-ahli keluarga mangsa terhadap peristiwa yang menyedihkan itu. 

Pesawat MH17  yang terhempas dikawasan timur laut Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdan ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di ruang udara Donestsk pada 17 Julai 2014 telah mengorbankan 298 nyawa penumpang dan anak kapalnya.